𝒞𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 𝟣𝟫

169 21 15
                                    

Zhariel pergi ke pejabat , awal pagi. Dia meletakkan sebuah kad jemputan setiap anggota polis. Begitu juga Qaireen dia tidak ramai kawan jadi hanya memberikan kad jemputan pada Aisya dengan jiran tetangganya.

" aisya nah " kata Qaireen memberikan kad jemputan itu kepada Aisya.

" kad jemputan? Siapa kahwin? Jiran kau ke? " tanya Aisya bertalu2 , Qaireen hanya menyuruhnya membuka kad itu

Setelah membaca , Aisya tergamam.

" omg , seriously Reen!! Kau dah nak kahwin , i really proud with you " kata Aisya lalu memeluk Qaireen dengan erat sekali.

" weh lepaskan aku , aku tak boleh nafas gila " rayu Qaireen , Aisya tersengih lalu melepaskan pelukan itu.

" datang tau jangan tak datang " pesan Qaireen

" aku datang gila tak datang meninggal aku tak dapat tengok kau kahwin " kata Aisya. Qaireen tergelak kecil. Qaireen pergi ke tandas meninggalkan Aisya sendirian. Dia mengambil phone lalu bermain.

Ting!

Sebuah mesej masuk ke dalam phone Darren lalu dibuka.

" malam ni get ready "

" nice , malam ni kita beraksi guys " ujar Darren pada Alex dengan Austin. Mereka berdua menggangguk.

Seluruh pejabat itu kecoh dengan berita yang mereka dapat ,

" tuan betul ke tuan dah nak kahwin? " tanya Hasya dengan nada sedikit sayu.

" yup " jawab Zhariel dengan yakin.

" congrats! "

" yow bro! Asal kecoh2 ni? " tanya Fahriez yang baru masuk pejabat , masuk2 je dengar bunyi pasar malam.

" kau tak tahu ke , Tuan Zhariel dah nak kahwin " kata seorang anggota polis lelaki yang kebetulan lalu sebelahnya.

" fuyoo siapa perempuan yang bertuah tu? " kata Fahriez seakan2 tidak percaya.

" kau pergi la tengok atas meja kau " kata Zhariel , Fahriez berlari menuju ke mejanya lalu membaca sebuah kad jemputan , lalu mulutnya berkata sayu....

Sila jemput hadir pada majlis perkahwinan Putera kami , Muhammad Iman Zhariel bin Muhammad Adam dengan pasangan beliau ialah Qaireen Maisara binti Mohd Zulkifli

Wajah Fahriez dari ceria bertukar suram , Zhariel datang menyapanya

" so macam mana? "

Fahriez menutup kesedihannya , dia tersenyum lebar walaupun hatinya terluka.

" aku datang sebelum tu aku nak bagitahu something dekat kau " suara Fahriez bertukar menjadi serius. Zhariel menggangguk lalu mengajaknya berbincang dalam bilik dia. Setelah menutup pintu Zhariel duduk atas sofa.

" kau nak bincang apa? "

" aku tak sangka kau tipu aku macam ni.. " kata Fahriez , Zhariel pelik kenapa dengan Fahriez ni

" tipu apa? "

" kau sanggup tipu aku , kau ada hubungan dengan Qaireen , kau tahu kan aku suka Qaireen. aku ingat kau sekadar malas ambil tahu , rupanya2 kau tikam belakang aku! , time dekat hospital kau ingat aku tak tahu ke yang kau pergi lawat dia! Aku dengar semua perbualan kau dengan dia! " marah Fahriez menarik kolar Zhariel , Zhariel terkaku.

" aku suka dia dah lama sejak aku jumpa dia pada first time hati aku dah tertarik dengan dia , aku tak berniat pun nak tikam kau Fahriez. Kita berkawan dah lama weh " kata Zhariel mempertahankan haknya. Fahriez menolak Zhariel ke belakang.

The Unknown Wife ✔️Where stories live. Discover now