𝒞𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 6

286 29 37
                                    

Daniel bersiap2 dan menuju ke bilik Qaireen untuk mengejutkannya , tiba di hadapan pintu daniel mengetuk pintu tapi pintu itu sudah terbuka awal daripadanya

Muka Qaireen masam mencuka dengan kehadiran daniel , Daniel ke belakang untuk memberikan laluan kepada Qaireen

"Still merajuk" gumam daniel dengan pasrah , sekali Qaireen dah merajuk terus perangai dari malas tukar kepada rajin tapi itulah lagi keras kepala

Qaireen kebawah memakai kasut dah keluar , Daniel sempat menahan Qaireen

"Adik nak pergi mana , breakfast dulu nanti perut adik gastrik " kata Daniel kepada Qaireen , Qaireen menepis tangan daniel

"Tak pe adik pergi dengan Aisya " balas Qaireen lalu keluar menuju ke kereta Aisya yang menunggu dari tadi

Daniel hanya melihat pemergian Qaireen bersama Aisya

Dia melihat makan di atas meja tidak terusik langsung , daniel menghembus nafas berat lalu melangkah menuju ke kereta dan pergi ke pejabat

Qaireen membuang pandangan ke keluar tingkap , melihat perarakan awan

Aisya yang fokus memandu kejap2 pandang ke kiri , hanya radio memecah kesunyian antara mereka berdua

" weyh reen , kau kata nak cerita kat aku apa jadi dekat kau dengan abang kau?" Kata Aisya untuk memulakan perbualan

"Dia cakap dekat aku yang aku ni menyusahkan dia , so aku tak susahkan dia la , dia hal dia aku hal aku lah " kata Qaireen

" kau ni kau yang salah faham , abang kau cakap macam tu dia ambil berat pasal kau , bukan susah kan dia " terang Aisya fokus pada jalan raya

" kalau nak ambil berat pun tak payah la nak kata aku ni menyusahkan dia ergh! , tak sekarang ni kau nak backup aku ke backup abang aku " jawab Qaireen dengan nada suara agak tinggi , Aisya hanya diam keras kepala Qaireen dah datang dah tak boleh nak buat apa

"Tak aku tak backup sesiapa pun cuma kedua pihak salah , abang kau salah , kau pun salah satu je jalan korang kena minta maaf sesama sendiri " nasihat Aisya kepada Qaireen

Nasihat Aisya membuat Qaireen terdiam seribu bahasa

Aisya memakir kereta di tempat letak kereta yang disediakan oleh pihak kolej , Qaireen membuka seatbelt dan keluar dikuti Aisya

Mereka berdua menuju ke kelas , Qaireen dari tadi hanya berdiam diri teringat dengan kata2 Aisya

" aku selalu susah kan along? , ke perangai aku tak matang? , aku yang ego?" Bisik hati Qaireen

Persoalan itu terus menerus menerjah dalam pikiran Qaireen , dalam kelas Qaireen seorang sahaja yang tidak memberikan tumpuan

" Qaireen Maisara! " jerit Lecture Wana di hadapan kelas , Qaireen yang berada di awangan terkejut seketika

Terus Qaireen bangun dari duduk ,

" Ye lecture , kenapa panggil saya?" Tanya Qaireen dengan sopan

"Semasa saya menerangkan fasal biologi kamu beri tumpuan atau tidak? " jawab Lecture Wana sambil membetulkan kacamata yang jatuh ke bawah hidung

" Tidak.. " jawab Qaireen dengan perlahan

"Ha bagus , kamu pergi duduk dekat luar!! , saya tidak memerlukan student yang pemalas macam awak ni , keluar dari kelas saya sekarang!!" Tengking Lecture Wana menuding jari ke pintu kelas

The Unknown Wife ✔️Where stories live. Discover now