𝒞𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 27

251 19 27
                                    

Zhariel bangun dari dibuai mimpi , cahaya matahari menusuk ke retina matanya. Semalam dia bermimpi isterinya pulang lalu tidur di sebelahnya tetapi pagi ini dia lihat tiada siapa pun. Kosong.

" hm mimpi je tu , aku rindu dia sampai terbayang - bayang " gumam Zhariel lalu mencapai tuala dan mandi setelah mandi dia turun ke bawah untuk sarapan pagi.

" selamat pagi umi ku yang cantik 17 kali lagi cantik dari rapunzel " ucap Zhariel ceria , umi yang sedang menghidangkan makanan tersenyum manis. Pagi kena puji dengan anak sendiri siapa tak blushing. Ngeh

" selamat pagi anak umi yang hensem 17 kali lagi hensem dari biawak komodo ni , hahaha ok umi gurau je " kata Aina lalu tergelak , Zhariel mencebik. Ada ke panggil orang biawak. Orang tengah mood baik dia buat lawak pepagi.

" pagi ayah " ucap Zhariel dengan sedikit garau , Adam Hakimi hanya berdehem sahaja.

" ni Zhariel mana Qaireen , pagi lagi umi tengok dia tak ada , biasanya dia bangun awal tolong umi masak " tanya Aina sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulut. Zhariel panik sebentar.

" erm- Qaireen- erm- dia- er-r " gagap Zhariel , Aina yang sedang makan terhenti apabila melihat kelakuan aneh dari anaknya.

" Zhairel umi tanya ni jawab " desak Aina menanti jawapan dari mulut Zhariel. Adam yang sedang makan turut pelik dengan perangai dari Zhariel.

Tiba - tiba pintu utama terbuka , semua orang memandang ke arah sana melihat siapa gerangan itu ternyata Qaireen yang baru pulang dari pasar.

" Assalamualaikum , aik? Kenapa semua pandang Qaireen? Macam Qaireen ada buat salah? " kata Qaireen polos manakala Zhariel menghembus nafas lega , nasib baik Qaireen datang tepat pada waktu kalau tak nak jawab apa dekat umi.

" waalaikumuassalam lah.. Sejak bila Qaireen keluar? Tak bagitahu umi pun , risau umi , umi tanya Zhariel bukan dia nak jawab hish " bebel Aina , Qaireen menarik kerusi lalu duduk disebelah Zhariel.

" Oh , Qaireen sahaja keluar awal pagi pergi pasar saja tengok bahan mentah ingat nak masak asam pedas esok " kata Qaireen tersenyum manis , Aina hanya menggangguk , dia bangun ke dapaur lalu mencuci pinggan mangkuk. Qaireen mengambil kesempatan dia merapatkan mulut ke arah telinga Zhariel yang sedang makan dengan berseleranya.

" jangan ingat awak boleh terlepas dari masalah ni , saya still tak maafkan awak , so be nice and polite infront your mother " kata Qaireen lalu tersenyum manis terlalu manis , bagi Zhariel itu senyuman maut. Adam yang memerhati Qaireen dengan Zhariel tidak lama dia terpandang rantai yang dipakai oleh Qaireen.

Qaireen perasan akan tindak - tanduk Adam yang sedang memerhati rantainya.

" kenapa ayah? Ada tak kena ke dengan rantai Qaireen? Dari tadi ayah perhati rantai pemberian dari arwah ibu Qaireen " tanya Qaireen pelik Adam yang sedang termenung langsung kembali ke dalam alam nyata. Dia menggeleng laju. Dia bangkit dari kerusi dan beredar menuju ke bilik bacaannya. Qaireen hanya pandang pelik , dia hanya mengangkat bahu.

" erm okaylah sayang hubby pergi kerja dulu eh , nanti lewat masuk , bye Assalamualaikum " kata Zhariel mencium dahi Qaireen dengan sekali jalan dan berlari memakai kasut. Qaireen yang dalam keadaan marah terus sejuk apabila Zhariel mencium dahinya.

" eh! Stop! Stop thinking about her , think your Main Quest Qaireen " gumamnya menampar pipinya berkali - kali untuk menyedarkan dirinya bahawa dia ada tugas yang perlu diselesaikan. Dia bangun lalu menuju ke bilik Nurin. Aina yang baru keluar dari dapur sambil membawa sebiji pie epal masih hangat turut pelik.

" aik? Tadi ada ramai tiba - tiba hilang , baru nak ajak makan pie dah hilang , nasib la kau pie aku makan kau je lah " gumam Aina seorang diri , kalau pie epal itu boleh bercakap boleh dijadikan teman.

The Unknown Wife ✔️Where stories live. Discover now