"Zayle..."

Panggilan Puan Qaseh dibelakang membuatkan Zayle berpusing memandangnya.

"Satukan semula Zander dengan ayah. Punca hubungan Zander dan ayah renggang adalah kerana mommy." Katanya lembut, cuba memujuk anak lelakinya yang satu itu.

"Zayle pergi dulu." Lantas dia berpaling semula dan sambung berjalan.

"Ini permintaan terakhir mommy. Please son." Ujar Puan Qaseh lagi apabila dia masih menunggu jawapan dari Zayle.

Tiada anggukan atau gelengan yang Puan Qaseh dapat walaupun selepas berkata begitu. Puan Qaseh sepatutnya tahu yang anak dia itu sama sahaja perangai seperti Zander. Dua-dua dingin.

"Goodbye mommy. Rest well." Sejurus itu, pintu bilik mommynya ditutup.

Puan Qaseh mengeluh berat. Kedua matanya ditutup rapat, "Maafkan aku, Leya."


"Apa yang jadi weh?" Tanya Keith sebaik sahaja pintu bilik Zander dikuak.

Zander yang sedang mengemas beg pakainnya itu toleh pandang Keith, "Apa yang jadi apa?" Kemudian dia kembali menguruskan semula pakaiannya.

Ingin asingkan baju kotor dan baju bersih dan kemudian baju kotor itu ingin dibawa ke bawah untuk dibasuh. Mereka baru sahaja pulang dari family day Adrian dan Kiara.

"Pasal Zayle. Dia nak apa jumpa kau?" Langkah dibawa ke arah katil dan kemudian dengan selamba dia duduk di sisi katil Zander.

"Dia suruh aku balik. Dia kata mommy nak jumpa."

Keith membuat muka, "Hek eleh perempuan tua tu. Sekarang ni baru nak ajak jumpa? Bak sejuta dulu baru ajak lah. No money no talk. Yes money can talk."

Zander berdecit perlahan mendengar Keith jawab begitu.

"Apahal dia nak jumpa kau?" Tanya Keith lagi.

"Dia sakit. Nak taubat lah kot. Ah, biarlah dia. Malas aku nak fikir."

Keith angguk setuju, "Betul-betul. Tak payah fikir. Buat sakit kepala kau je."

"Tapi..."

"Apa?" Keith angkat kening.

"Mia."

Keith menjulingkan matanya ke atas, "Ha, apahal dengan minah tu?" Soalnya malas.

"Aku rasa dia kenal Zayle."

Membuntang mata Keith, "Kenal Zayle?"


"Ayah." Zayle menyalam tangan ayahnya, Encik Zahin saat berselisih di ruang tamu sewaktu ingin ke bilik tidur.

"Ha Zayle," Bahu anak lelakinya itu ditepuk perlahan, "Kerja macam mana? Everything okay?"

Zayle angguk, "Okay ayah. Ini kenapa ayah tak tidur lagi? Tadi staf kata ayah balik awal."

"Ayah balik awal sebab nak jumpa mommy, tu yang balik awal. Ayah nak tidur lah ni. Zayle dari office atau hospital jumpa mommy?"

"Office. Pagi tadi dah jumpa mommy."

Encik Zahin angguk, "Ha kalau macam tu pergi lah rehat."

Zayle angguk dan langkah dibawa ke lif rumahnya.

"Oh ya Zayle."

Panggilan ayahnya dari belakang membuatkan Zayle berpaling. "Ye ayah?"

"Sini kejap."

Zayle akur dan kembali ke ruang tamu lalu duduk disebelah ayahnya. "Kenapa?"

"Zayle boleh tolong ayah?"

"Apa dia?"

"Tadi before ayah jumpa mommy, Tan Sri Maliq ada jumpa ayah dekat office." Encik Zahin mula membuka topik perbualan.

"Okay. Dia nak apa jumpa ayah?"

"Kami dah berbincang. Ayah ingat nak kahwinkan Zayle dengan anak perempuan dia."

Terus berubah reaksi wajah Zayle, "Ayah." Katanya dalam nada dingin.

"Ayah tahu. Tapi tak salah kalau Zayle cuba untuk kenal dengan dia dulu kan? Zayle dah ada semua dah. Everything dah complete. Kalau ada isteri, dah sempurna dah hidup Zayle."

"But ayah, Zayle tak suka hidup kena atur macam ni." Zayle mula bersuara keras.

"Zayle, ayah bukan suruh kahwin dengan anak pengemis ke apa. Ini anak Tan Sri Maliq, Zayle."

Zayle memejamkan matanya rapat. Macam mana dia mahu larikan diri dari kena kahwin paksa ni?Okay jap. Aku dah tahu nak cakap apa.

"Zander? How about ayah suruh-"

"Zayle Luth!" Terus nada Encik Zahrin bertukar tegas apabila nama Zander kedengaran.

"Why? Why not him? Kenapa Zayle?" Zayle mula bercakap dengan nada bengang.

"Because budak tu tak boleh harap! Don't you ever dare to call out his name in front of me again." Encik Zahin membalas, intonasinya cukup menunjukkan yang dia sedang marah.

Zayle terus bangun dari duduknya. "Zayle naik atas dulu. Nak rest." Dengan itu, laju saja langkah dibawa ke atas.

Zayle mengunci pintu biliknya dan telefon pintar dari poket dikeluarkan. Nombor seseorang dihubungi, "Kau kena tolong aku."

"Carikan aku seorang perempuan. Nama dia Mia. Mia B, that's the only thing that I know."

Telefon dimatikan.

Zayle menghempaskan badannya di atas katil.

"Aku takkan benarkan kau dapat Mia, Zander. Kau tak boleh ada apa yang aku tak ada. Tak boleh."

Zander Mia : Her Bad BoyWhere stories live. Discover now