part 17 : game 1.0

1K 108 21
                                    

Seperti yang diberitahu oleh Boboiboy, mereka bebas untuk melakukan apa jua aktiviti selagi aktiviti tersebut tak membahayakan nyawa mereka.

"So, kita nak buat apa?" soal Ali. Mika mengangkat bahu.

"Entah. Tapi aku ada math test lagi dua minggu. Alang-alang ada masa ni aku nak study dulu. Bye," ujar Roza sebelum berjalan menjauhi yang lain.

"Aku nak buat program baru kat kiub aku." Giliran Bulat melangkah pergi.

"Kita ada lapan orang. Cukup untuk buat dua kumpulan. Jom lawan antara kumpulan?" cadang Alicia. Wajah masing-masing dipandang.

Ali mengangguk. Zass mengangkat tangannya tanda bersetuju.

"Aku on!" jerit Moon.

"Sama." Sahut yang lain.

"Okay! First, kita pecah dua kumpulan." arah Alicia. Serentak, Ali dan Zass melangkah ke Alicia.

Moon mencebik. Baru nak satu group..

"Chris, kau group sanalah. Aku pergi group sini," ujar Mika. Chris terus menuju ke arah group Alicia.

"Okay, kita akan ke bilik simulasi dulu," ujar Alicia. Jet mengerutkan dahinya.

"Bukan ke Boboiboy kata kita tak boleh keluar dari bilik ni?" soalnya. Alicia mengangguk.

"Ya. Tapi kita kenalah tanya dulu. Mana tahu dia bagi kebenaran."

Tanpa menunggu sesiapa, Alicia berjalan menuju ke arah Boboiboy yang duduk di sudut bilik.

"Korang boleh pergi."

Alicia terkedu. Dia berjalan tadi tak keluarkan bunyi apapun. Bercakap pun belum.

Boboiboy mendongak sebelum tersenyum manis.

"Aku dengar korang sembang tadi."

"O-ouh.. Okay. Kami pergi dulu," ujar Alicia sebelum melangkah pergi.

"Macam mana?" soal Mika. Alicia mengangguk.

"Hm. Jom."

"Jom!"

Setelah beberapa lama, Boboiboy bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke pintu keluar.

"Korang nak ikut?" soal Boboiboy kepada Roza dan Bulat.

"Pergi mana?" soal Bulat tanpa menjawab soalan yang diajukan. Boboiboy tersenyum nipis.

"Pergi tengok game."

Roza mengangkat bahu sebelum memandang Bulat.

"Aku nak pergi. Kau?"

"Nak join gak lah.."

"Dah. Jom. Mereka ada dekat bilik simulasi."

.

.

.

"Okay. Game dia cam ni. Kau nampak dua drive biru dan dua drive merah atas tu?" soal Alicia seraya menunjukkan drive yang berada dalam ruangan kaca di atas meja kecil yang berasingan.

"Nampak. So, kita nak buat apa? Nampak senang je." Jet bersuara. Takkan nak lawan pastu ambil macam tu je drive tu. Tak seronok lah.

Alicia tersenyum sinis. Ohohoh senang ya?

"Tak semudah tu. Untuk mendapatkan drive tu, kita kena lalui lima fasa. Untuk pergi ke fasa satu ke fasa dua, kau kena fikirkan password dekat pintu untuk pass ke fasa dua," ujar Alicia. Jet mengangkat keningnya. Tertarik dengan penerangan Alicia.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Kde žijí příběhy. Začni objevovat