part 16 : free time

1.1K 122 48
                                    

Fang dan yang lain berjalan santai memasuki kawasan akademi MATA. Tidak menunggu lama, mereka terus berjalan menuju ke MATA's briefing room.

"Maaf lambat, " ujar Fang sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik tersebut.

"Tak apa. Sekarang, mana Boboiboy? " soal Zain. Keningnya diangkat sebelah.

"Boboiboy demam tiba-tiba pagi tadi. Jadi dia tak dapat ikut perjumpaan, " celah Gopal. Zain dan Djin mengangguk perlahan tanda memahami.

"Baiklah. Sebenarnya kami ada hal nak beritahu. Ing- "

Pap!

Zain mengusap kepalanya yang hampir benjol. Ganz dipandang tajam.

"Kau apahal? "

Ganz tidak menjawab. Fang dan lain-lain dipandang.

"Duduklah dulu. Lama lagi nak siap meeting ni, " arahnya. Fang dan yang lain menurut.

Mulut Zain terkumat-kamit menyumpah Ganz. Macam tak boleh nak cakap elok-elok. Hish!

"Sambung, Zain. " Zain menjeling Ganz sekilas sebelum menyambung ayatnya yang tertunda akibat dihempuk Ganz tadi.

"Ingat Zazie? "

"Zazie? Ketua kumpulan perdagangan haram Cyberaya yang ditewaskan MATA lima tahun lepas? " soal Ying. Zain mengangguk.

"Ya. Kami dapat tahu bahawa dia berjaya melepaskan diri dari MATA HQ. Sekarang, dia hilang tanpa dikesan. MATA HQ dah heboh pasal benda ni. "

"Kenapa MATA nak heboh lain macam pulak? " soal Gopal kehairanan.

"Sebab bukan hanya dia yang berjaya melepaskan diri. Ada beberapa lagi banduan MATA yang tak kurang hebatnya yang turut berjaya melepaskan diri mereka, " sampuk Rizwan.

"Huh? Siapa lagi? " soal Yaya.

Dayang menggerakkan tangannya di atas meja bulat yang dikelilingi oleh mereka yang berjumlah sepuluh orang.

Imej empat orang termasuk Zazie muncul berserta data masing-masing.

Wajah Fang dan yang lain serta-merta keruh apabila melihat wajah terakhir yang berjaya bebas dari tahanan MATA.

Banduan pertama, kedua dan ketiga tidak terlalu bahaya seperti Zazie dan banduan terakhir, Haro.

"Begini. Kami dapat tahu yang mereka ada plan nak larikan diri melalui kawasan perlabuhan lama Cyberaya, " ujar Dayang. Imej kawasan perlabuhan lama Cyberaya muncul.

"Misi kamu semua ialah halang mereka dari lari dari Cyberaya dan kembali ke tahanan MATA. Dalam masa lagi lima jam, kapal dari Jepun akan datang untuk mengambil Haro dan lain-lain, " jelas Dayang.

"Kalau tak sempat macam mana? " soal Gopal.

"Sejak bila perkataan 'tak sempat' ada dalam kamus hidup TAG? " soal Ganz seraya memjongket sebelah kening.

TAG tersenyum sinis. Heh! Misi ni mungkin susah tapi TAG tak akan pernah mengalah.

.

.

.

"Nah. Uncle jumpa kat ruang tamu semalam. Nampak macam rosak, jadi Uncle baiki, " ujar Ghazali seraya menghulurkan Syncall milik Boboiboy. Boboiboy tergamam. Sangkanya tiada yang tahu mengenai program Syncall selain keluarganya dan dua lagi rakan ayahnya.

Syncall yang dihulur Ghazali tadi dicapai sebelum dibelek-belek.

"Terima kasih, Uncle, " ucap Boboiboy terharu. Ghazali tersenyum seketika sebelum mengundurkan dirinya.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Kde žijí příběhy. Začni objevovat