Part 6 : barang

1.6K 149 16
                                    

Boboiboy yang mula bosan melihat Fang dan Gopal berwrestling di ruang tamu itu mengeluh perlahan. Dah lah dia nak rehat sekarang ni. Dia pun pelik macam mana diorang boleh bergaduh lagi masa macam ni.

Matanya memandang Ali yang melihat dua orang itu dengan penuh konsentrasi. Tanpa membuang masa, dia terus bergerak ke arah Ali perlahan lahan. Tak nak bagi dua orang tu nampak dia.

"Weh Ali. Mana bilik kosong tu? " tanya Boboiboy kepada Ali secara berbisik. Ali hanya melihat Boboiboy sekilas lalu menunjuk ke sebuah pintu yang bersebelahan biliknya. Boboiboy yang sedia penat itu mengangguk perlahan kepada Ali.

"Okeh. Thanks Ali. Aku chau dulu tau. Bai! " kata Boboiboy kepada Ali lalu terus mengambil beg pakaiannya yang terletak di tangga dan terus melangkah menuju ke bilik sementaranya itu. Cattus hanya mengikut langkah Boboiboy.

Sampai sahaja di dalam bilik tu, dia meletakkan beg pakaiannya di hadapan almari yang sememangnya sudah tersedia di dalam bilik itu. Pintu yang belum ditutup tadi ditutup lalu dikunci. Yelah, nanti tak pasal pasal dua orang malaun yang sedang bergaduh kat bawah tu kacau dia macam mana? Siapa susah? Dia jugak.

Barangan miliknya disimpan rapi didalam almari itu. Lagipun, mereka duduk sini bukannya sekejap. Lama kot. Sambil mengemas, dia mengerling ke arah Cattus yang sudah lena diatas katil didalam bilik itu.

Satu persatu barangan dikeluarkan dan disimpan dengan cermat. Pergerakannya terhenti apabila tangannya memegang sebuah objek. Dia tersenyum apabila melihat barang yang dipegang.

Walaupun dia sedang tersenyum, terlihat jelas senyumannya itu agak pahit. Penuh dengan pelbagai perasaan yang berbaur. Semuanya bercampur membentuk perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata kata.

Perasaan rindu yang bertapak didalam hati paling dalam sekian lama.

Perasaan lelah yang telah lama menghantui dirinya dalam kegelapan malam.

Perasaan bersalah kepada orang berdekatan dengannya yang makin tebal mengisi jiwanya

Perasaan itu semua bercampur menjadi perasaan yang amat melelahkan. Dia memang pernah terasa ingin berputus asa, namun dia harus kuat untuk orang sekelilingnya. Dia tak boleh asyik lemah macam tu je. Demi orang tersayang.

Tanpa sedar, Boboiboy mengalirkan air matanya. Dia segera menyeka air matanya yang tumpah sebentar tadi. Tak nak bagi orang lain tahu. Tiba tiba, dia terdengar bunyi hentukan yang agak kuat sebelum jeritan Fang dan Gopal menghiasi keseluruhan ruang rumah itu.

"Aarrgghhh!!!"

Boboiboy tersentak seketika sebelum cepat cepat menyimpan barang tersebut di bawah bantalnya. Wajahnya ditilik di cermin yang terdapat di dinding bilik itu. Takut kalau kalau mereka perasan yang dia baru lepas menangis.

Selepas itu, kaki terus dilangkah menuju ke pintu. Sebaik sahaja pintu tersebut dibuka, terlihat Fang dan Gopal yang terbaring di atas lantai dan kawan kawannya yang lain melihat mereka yang berbaring dengan perasaan risau.

"Aduh...sakitnya.." rungut Fang lalu mengusap hidungnya yang sakit.

"Kenapa aku pun kena sekali ni?" rungut Gopal pula. Kepalanya yang terhantuk tadi diusap.

Boboiboy dan yang lain melihat Fang dan Gopal dengan wajah datar. Siapa suruh langgar pintu bilik yang tertutup tu.dah nampak pintu tu tertutup tapi kenapa tak elak. Dah terang terang kot.

"Padan muka. Siapa suruh terjah bilik orang macam tu je?" kata boboiboy dengan wajah datar. Dia masih berada di dalam biliknya. Hanya kepalanya yang terjengul keluar dari bilik itu.

"Kaulah! Kenapa kau pulak yang dapat duduk sorang ?!" marah Fang. Hidungnya yang sakit dibiarkan. Nasib baik tak keluar darah. Kalau tak, habis imej macho dia tu.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now