Part 13 : hilang

1.7K 135 55
                                    

Suasana di dalam ruang latihan MATA sunyi sepi. Masing masing tidak mahu membuka mulut. Ahli TAG dan dua gerangan lainnya yang duduk bersila di lantai. Pada mulanya mereka berdiri bersama sama ejen muda yang lain sementara menunggu ketibaan Dayang dan Ganz ke akademi itu. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk duduk apabila Ganz dan Dayang tidak muncul.

Ejen ejen muda MATA memandang ke arah mereka dengan pandangan pelik. Tapi, mana diorang kisah. Lagipun bukannya ada najis mughalazah pun atas lantai tu. Agak agak ah, dah setengah jam diorang tunggu sambil berdiri. Batang hidung ketua teras langsung tak nampak.

"Maaf kami lambat. Jalan sesak tadi." Kata Ganz sebaik sahaja dia dan Dayang tiba di akademi. Serentak, pandangan kesemua ejen tertumpu kepada kedua-dua ketua teras yang baru sampai.

Ejen muda mengerutkan dahi apabila mendengar alasan Ganz. Jalan sesak? Reaksi berlainan pula dengan ahli TAG dan dua orang lainnya. Mereka menggulingkan mata tanda menyampah.

"Sejak bila ketua teras datang sini guna jalan atas?" kata lelaki yang memeluk Boboiboy tadi. Tangannya disilangkan ke dada.

Ganz mencebik. Rizwan dijeling seketika.

"Senyap ah kau, Rizwan."

"Sukati akulah nak senyap atau tak. Ni mulut aku bukan kau."

Ganz menunjukkan tangannya yang dikepal ke muka Rizwan.

"Kau nak ni? Free je aku kasi."

Rizwan membuat muka jijik. Ganz diteliti dari atas hingga bawah berkali-kali. Wajah Ganz yang kelihatan geram itu diabaikan.

"Seriously? Tak nak aku. Takde kelas."

Jawapan Rizwan membuatkan Ganz terasa betul-betul nak terajang anak orang. Menyakitkan hati betul.

"K-kau.."

Tak terkata si Ganz menahan marah. Rizwan hanya tersenyum nakal melihat Ganz betul-betul marah. Suka betul dia usik Ganz. Dayang ada bolehlah dia buat main. Kalau Dayang takde? Mahu mati si Rizwan ni dikerjakan.

"Kenapa? Koyak ke?"

Ahli TAG dan seorang lagi gerangan lainnya menahan tawa. Ejen MATA yang lain mendiamkan diri. Takkan nak ketawa kat ketua teras sendiri. Menempah maut namanya.

Namun, tipikal Gopal. Dia ketawakan si Ganz tu kuat-kuat. Macam tertelan mic masa kecik. Semua mata tertumpu ke arahnya.

Boboiboy meraup wajahnya perlahan manakala Fang menunduk sambil menggelengkan kepalanya. Frust melihat perangai tidak semengah Gopal.

"Tetiba aku menyesal kawan ngan dia," ujar Boboiboy seraya menutup wajahnya menggunakan kedua telapak tangan. Fang mengangguk bersetuju.

"Bukan kawan aku. Aku tak kenal sape."

"Tak baiklah korang ni. Kesian kat Gopal," ujar Yaya seraya menggeleng kepalanya. Ying mengangguk mengiakan kata Yaya.

"Hah! Dengar tu! Tak baiklah korang buat cam tu kat aku," kata Gopal. Tangannya dinaikkan mengusap matanya seakan akan ada air mata yang bertakung. Boboiboy dan Fang yang mendengar kata-kata Yaya memutarkan mata menyampah. Drama betul!

"K,fine."

"Ehem ehem. Taknak terangkan apa yang dah jadi?" soal Alicia yang sedari tadi berdiam diri bersama-sama ejen muda lain. Matanya memandang wajah kedua-dua ketua teras meminta penjelasan.

"Baiklah. Sebenarnya Rizwan dan Dos dah lama join MATA," ujar Ganz senafas. Alicia mengerutkan dahi tanda keliru. Begitu juga dengan ejen-ejen muda yang lain.

"Lama? Sejak bila? Kenapa kami tak tau pun?" soal Mika yang berada belakang Alicia.

"Uh.. sebenarnya saya pun tak pasti sejak bila mereka join MATA. Lagipun kami sengaja tak memberitahu kamu semua kerana seharusnya mereka berdua berada di HQ MATA. Tapi tak tahu macam mana boleh sesat kat sini," ujarnya. Rizwan dan Dos yang berada di belakang dijeling tajam.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now