Part 12 : perlawanan

1.7K 163 56
                                    

Fang dan yang lain terus mengambil tempat berdekatan dengan para mentor. Mata masing-masing melihat dua susuk tubuh yang berada di tengah-tengah kawasan itu. Ya, Mereka berempat melihat Boboiboy dan Rudy yang masih lagi merenung antara satu sama lain.

"Ok. Aku serang dulu." kata Boboiboy. Dia lantas memakai sarung tangan yang mempunyai gabungan warna oren dan hitam yang sentiasa dibawa didalam poket.

Ejen muda dan mentor memandang perbuatan Boboiboy dengan biasa. Jelaslah disitu bahawa itu adalah gajet Boboiboy.

Namun, tidak bagi Ali. Dia menggenggam tangannya kuat. Matanya memandang Boboiboy dan Rudy silih berganti. Wajahnya memaparkan riak wajah resah.

Dia kenal sangat dengan sarung tangan yang dipakai oleh Boboiboy itu. Agak agaklah dia yang buat sarung tangan tu khas untuk Boboiboy. Banyak lagi gajet yang dia dah cipta untuk geng dia, labih lebih lagi Boboiboy.

Bila dia nampak Boboiboy keluarkan sarung tangan itu, dia berasa sedikit lega kerana Boboiboy menggunakan sarung tangan tu dari banyak banyak gajetnya. Dia lega sebab sarung tangan tu adalah gajet Boboiboy yang mempunyai risiko tercedera teruk yang paling rendah dalam banyak banyak gajetnya.

Tapi, dia masih tidak boleh menghilangkan rasa resahnya. Kenapa? Sebab walaupun sarung tangan tu mempunyai risiko paling rendah untuk tercedera, ia masih boleh mencederakan mangsanya dengan teruk bagi orang biasa. Hal itu kerana bagi kumpulan mereka, cedera teruk bermakna hampir mati.

Mata Ali mula fokus ke arah Boboiboy yang bersedia untuk menyerang. Kelihatan Boboiboy mula berlari menuju ke arah Rudy dengan laju. Rudy bersedia dengan posisi bertahan.

Boboiboy terus mengeluarkan pedang yang berwarna kelabu di mata pedang dan oren di bahagian pemegang dari sarung tangan itu apabila dirinya makin hampir dengan kedudukan Rudy. Mata Rudy meluas apabila sebilah pedang tiba tiba muncul dihadapan matanya.

Boboiboy segera melibas pedang itu ke arah Rudy yang terkejut akibat kemunculan pedang itu secara tiba-tiba. Rudy tersedar akibat serangan Boboiboy terus mengelak dari terkena bilah pedang yang sudah pasti tajam.

Agak agak ah tak tajam. Berkilat doe.

Tanpa berlengah, Rudy melempar handcuff miliknya ke arah Boboiboy. Boboiboy yang ternampak handcuff Rudy terus memotong handcuff milik Rudy itu. Rudy membulatkan matanya apabila Boboiboy memotong handcuff miliknya dengan satu libasan sahaja.

Tipulah kalau dia tak terkejut. Tu sebab handcuffnya diperbuat dari bahan yang berkualiti tinggi dan of course susah nak hancurkan. Tapi tidak bagi Boboiboy.

Boboiboy menghilangkan pedang miliknya itu lalu terus menuju ke arah Rudy dengan laju dan satu tendangan padu diberikan pada tubuh Rudy. Tubuh Rudy tercampak kuat lalu terpelanting jauh dan terlanggar dinding akademi MATA. Dia terus jatuh terduduk di situ.

"Urgh.."

Rudy cuba bangun dari duduknya dengan menggunakan tangannya sebagai sokongan. Matanya melihat Boboiboy yang melihat kearahnya dengan pandangan kosong. Rudy mengetap giginya kuat apabila melihat tatapan kosong itu. Terasa seperti Boboiboy mencabar dirinya.

Lain pula bagi pihak Boboiboy. Dia memandang Rudy dengan tatapan kosong. Dia nak teruskan perlawanan tu, tapi malas. Lebih lebih lagi bila dia dah kalahkan Rudy tadi walaupun dia tak menang lagi.

Dia segera memusingkan badannya ke belakang untuk menuju ke arah kawannya. Namun, langkahnya terhenti kerana dirinya dapat mengesan pergerakan yang tidak kurang lajunya dari belakangnya.

Dia terus mengelak ke sebelah kanan dan itu menyebabkan si penyerang tidak dapat menyerangnya lalu melepasi dirinya.

Boboiboy mengetap bibirnya apabila melihat Rudy yang cuba menyerangnya tadi. Matanya merenung Rudy dengan tatapan kosong tapi penuh dengan makna.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now