Part 1 : misi

3.8K 197 21
                                    

"Ali!"

Kelihatan Ejen Bakar cuba mengejar langkah Ali yang mahu pulang ke rumah. Ali yang terdengar namanya dipanggil menoleh ke belakang.

"Kenapa ni uncle?" tanya Ali. Pelik juga dia. Kan misi dah habis? Tak kan ada misi baru pulak.

"Huff..huff.. Ke-ketua teras..huff.. nak jumpa kau..huff" Kata Bakar termengah mengah menarik nafasnya.

"Hah? Oklah. Ali pergi dulu uncle." kata Ali lalu masuk ke akademi semula untuk berjumpa dengan ketua teras.

Jarang dia kena panggil dengan ketua teras. Biasanya kalau ada misi penting baru ketua teras panggil dia. Harap tak ada misi yang susah susahlah. Dia malas nak pergi.

Sebaik sahaja Ali memasuki ruang untuk berjumpa dengan ketua teras, hologram ketua teras sudah terpampang di hadapannya.

"Ya ketua teras. Kenapa ketua teras tiba-tiba panggil nak berjumpa dengan saya?" tanya Ali dengan hormat. Siapa je yang tak hormat ketua masing masing.

"Tak payah nak formal sangatlah Ali."
Kata Ejen Ganz menyampah.

"Alah Ejen Ganz ni.. Saja je. Nak feeling sikit pun tak boleh. Lama kot kita tak jumpa" kata Ali selamba. Ejen Dayang hanya tertawa perlahan.

"Ceh"

"Ha, uncle kata yang ketua teras nak jumpa dengan Ali. Tapi kenapa tak cukup orang lagi ni?" kata Ali pelik. Baru Ejen Dayang dan Ejen Ganz muncul. Lagi dua orang mana.

"Diorang tulah. Aku dah suruh makan awal awal tapi tak nak dengar. Kan dah lambat." kata Ejen Ganz sambil memeluk tubuh.

"Siapa yang lambat hah? "

"Entahnya. Kita dah lama kat sini kot. Diorang je yang tak perasan"

Serentak itu, kesemua orang yang berada di dalam bilik itu melihat ke arah hologram yang memaparkan lagi dua orang ketua teras.

Ya, Ejen Zain dan Ejen Djin. Mereka dah berdamai setelah apa yang terjadi. Ejen Zain telah memohon maaf atas kesalahannya dan Ejen Djin juga telah insaf akan perbuatannya.

Tak ada orang pun yang tahu pasal ni. Hanya dia, ketua teras, general dan para mentor. Tapi kesemua mereka tak tahu pun yang Ali tahu.

"Nak perasan macam mana kalau kau baru sampai." perli Ejen Ganz.

"Aku taulah aku ni lambat sampai tapi tak perlulah nak perli bagai. Terluka hati aku" kata Ejen Djin sambil memegang dada kirinya.

"Oi Djin. Hati bukan kat situ. Tu jantung." kata Ejen Dayang kepada Djin yang tak tahu kedudukan hati yang betul.

"Alah, biarlah. Kalau hati aku sakit, jantung aku turut terasa tau." kata Ejen Djin berdrama.

"Bukan main lagi kau eh" kata Zain.

"Main? Main apa?" kata Ejen Djin lalu membuat muka meminta penampar lima kali ganda kuat.

"Kau ni memang cari penyakitlah Djin" kata Ejen Ganz. Mana tau Zain bagi penampar betul kang naya.

"Buat apa aku nak cari penyakit? Buang masa je. " jawapan yang diberikan oleh Djin membuatkan Ganz terasa ingin menendang Djin.

"Masalahnya kau cari penyakit dengan aku. "

"Bila masa pulak?"

Ali hanya menayangkan wajah pasrah apabila mentor mentornya bergaduh. Ya. Dayang, Zain, Ganz dan Djin adalah mentor kepada Ali dan beberapa lagi. Jam di tangan dikerling. Alamak, dah lewat ni!

"Wahai mentor yang baik hati sekalian, apa yang korang nak berbincang dengan Ali ni? Dah lama Ali tunggu." kata Ali dengan baik. Namun, wajahnya menunjukkan bahawa dia tunggu masa untuk balik.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Onde histórias criam vida. Descubra agora