Pakai produk apa?

SK II? Lancome? Avenys?

Tubuh Luth elok bersandar di dinding dengan kaki ditampan ke belakang. Aku perasan je dari tadi orang yang lalu lalang. Pasti beralih anak mata pada Luth.

Nak kata Luth handsome, Luth tunduk je dari tadi. Hanya seketika panggung kepala.

Sahla, aura dia kuat! Aku di sebelah pun terasa tarikannya apatah lagi orang lain.

Aku pasti bukan semata mata kerana wangian Luth yang lembut tapi disebabkan auranya yang bertebaran.

Slumber in silence. Attractive yet alluring. Got a sort of lunatic vibes.

Ayye, apa aku merapu ni?

Senang cerita, Luth dah curi semua perhatian padanya dengan lagak gaya model dia tu! Dia tak buat apa pun, orang melekat biji mata. Sama juga macam runaway model.

Terasa getaraan di poket seluar, mwnyelamatkan aku dari describe Luth satu satu macam aku pulak lunatic.

Angah.

"Ya, Angah?"

Selang beberapa saat cuma, ton aku naik tinggi. "Habistu? Irel macam mana?"

Di saat itu juga Luth menganggkat panggilan. Aku abaikan dia, tak penting. Yang penting sekarang, macam mana aku nak balik?

Jalan kaki? Hoi, kau fikir dekat?

Sekolah yang sekangkang kera tu pun aku tak pernah lagi balik jalan kaki! Sebab kena lintas jalan besar, aku tak seberani tu walaupun terdesak nak balik awal tiap hari.

Ni? Jauh, nak!

Patut aku pinjam motosikal Marc kejap lepastu suruh dia ambil moto sendiri dekat rumah aku. Ha cun, boleh aku jamu air sirap buat wakil minuman dari Malaysia.

Kalau teh ke kopi ke, Sepanyol pun ada. Sirap ros lah paling command sekali dan menggambarkan rakyat Malaysia.

"Oooo... Okey la kalau macam tu. Pinjam kereta abang sebab Luth bawa moto." Aku dengar Luth berbicara.

"Haa, iya okey." Talian Luth sudah putus.

"Ya Allah... Nasib Irel macam mana, Ngah?" Lemah aku menyoal.

Aku dah pasrah ni.

Tak sempat aku nak merintih minta dikasihani lagi oleh Angah, Angah terus minta diri cepat cepat. Dia ada kerja.

Ya aku tahu abang aku ada kerja tapi tak tahu pulak sesibuk ni. Perlumbaan dah tamat pun, keadaan motosikal penunggang harus diselenggara.

Aku pandang skrin telefon tanpa riak.

"Jom," Luth tarik lengan baju aku.

Aku tersentak. "Eh, nak pergi mana?"

Kalau cakap nak cari makan lagi, aku sumbat kasut aku dalam mulut dia. Kasi kenyang!

"Balik."

"Hah?"

❍☆❍〃

"Kata nak balik, ni nak pergi mana pulak?" soalku. Ni bukan jalan nak balik rumah aku pun.

"Belon," tak ada orang lain yang akam cakap sepatah je dengan aku kalau bukan Luth.

Ya, Luth yang tenang memandu di sebelah.

"Belon apa? Bell pesan ke?" Teringat pula aku pada Bell, si kecil yang behave.

"Tak lah," hujung bibir Luth naik sikit.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now