"Kau cari bawah, aku cari atas." Irel mengiyakan saja arahan Luth.

Laci laci di bahagian bawah dibuka satu per satu. Begitu juga dengan Luth. Tercari cari disebalik susunan buku buku tebal.

Cekap saja Irel dapat mengenal pasti itu buku mama Luth berdasarkan judul buku. Kebanyakkannya tentang dunia perubatan tradisional dan moden.

Seketika, Irel berhenti mencari. "Kita cari apa sebenarnya ni Luth?"

Yelah, kalau selongkar satu per satu tapi tak tahu item yang dicari, tak jadi apa jugak. Bukannya dia tahu pun apa benda yang Luth cari. Ya tak ya jugak kau ni Irel.

"An envelope, large with vintage colour." Beritahu Luth tanpa memandang Irel. Fokus pada pencariannya.

Irel angguk cuma. Bell, si budak baik tu ada di bilik apa entah sambil main alat muzik. Kedegang kedegang dram dipalu kuat membingitkan telinga.

Ingatkan sopan sangat, rupanya ganas jugak Bell ni. Lahai, tak apa la budak.

Detik demi detik berlalu, masih tiada apa yang dijumpai. Irel sudah gelong kepala kerana Luth asyik terlanggar kepala dia je! Gerak sikit, kena. Gerak lagi, kena jugak.

"Jumpa tak?" Luth menyoal.

"Tak."

Rasanya dah diselongkar semua laci yang Luth berikan kuncinya tapi tetap jua tak jumpa apa yang dikata sampul surat bewarna lusuh itu.

"Kita cari satu bilik." Tanpa sempat Irel buka mulut, Luth sudah berlalu mendapatkan meja di sisi katil.

Irel lupakan saja niatnya. Dia bergerak ke almari di sebelah sudut pintu. Punya besar la bilik parents Luth ni sampaikan ada sofa kecil.

Belum pun sempat Irel meneruskan pencarian, Bell muncul. Bersamanya headphone berbentuk telinga kucing, elok terletak di kepalanya. Komputer riba diusung sekali.

"Abang..."

"Iralna."

Irel berkalih pandang pula pada Luth. Disitu, Luth menayang sampul surat besar seperti yang diperkatakannya. Warna coklat tua, macam dark chocolate bukan lagi vintage.

"Sure?"

"Hundred percent."

❍☆❍〃

"Papa!"

Bell yang tiba tiba menjerit sambil menuding jari pada kereta di sebelah, menyentakku.

Luth tanpa aku duga, tekan kepala Bell hingga mengenai paha aku muka Bell. Bell terkapai kapai merengek.

"Kau buat apa?!" kalau tak aku nak tambah nama penuh Luth di belakang tapi tak jadi.

Papa Luth ada dekat sebelah kami je di persimpangan traffic light ni! Aku kenal papa Luth kerana selalu hadir ke sekolah mengambil buku report.

"Shhh, Bell diam sayang..." tangan Luth menggosok lembut rambut Bell. Memujuk si kecil.

"Abang..."

"Ya, abang ada dekat sini. Bell duduk diam kejap tau?" Iris Luth kejap berlari ke arah luar sebelum beralih pada Bell.

Aku nak buat apa pun aku tak tahu maka aku hanya pegun di posisi. Terkebil kebil cuba menghadam.

Luth tak nak papa dia nampak, senang cerita. Tambah pula ada Bell sekali, pasti banyak disoal nanti. Dapat aku rasa hubungan Luth dan papanya tak berapa baik.

"Cepatlah..." Luth menggumam sendiri sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Dekat simpang sini memang lama sikit. Maklumlah, jalan utama.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now