her niece

50 7 0
                                    

Mereka berdua pun berlari menjauh dari tempat itu.

Isabelle dan Rossia pun segera mengejar mereka berdua


"Sial! Dasar pengkhianat!"


ujar Rossia sambil melihat lihat di sekitar kawasan tersebut mencari cari Adreana dan Asher.


"Olivia! Tolong kitaorang..Rossia dengan Isabelle tengah cari kitaorang!"


kata Asher lalu wanita itu segera bertukar menjadi wujud manusia dan memanggil seekor gagak untuk mengirimkan isyarat pada orang di istana bahawa mereka sedang dalam bahaya


Malangnya Rossia dan Isabelle menemui mereka bertiga


"Oh hi Isabelle..lama tak jumpa.. tak sangka jumpa kau dalam keadaan macam ni kan..ingatkan ilmu Davina je jatuh dekat kau rupanya perangai pun sama!"


Perli Olivia


"Kenapa kau sanggup membelot dengan puak ahli sihir? Kau kena ingat kalau Ratu Ahli Sihir tak bagi darah dia pada kau,kau dah lama mati!"


Isabelle mula hilang sabar pada Olivia dan tiba tiba Rossia mencelah


"Isabelle,kalau kau nak tahu..dia lah yang bunuh davina"


ujarnya sambil menunding jari pada Olivia.


Isabelle semakin naik darah.



"Arghh!!"



Dan tiba tiba dia menyerang wanita itu dengan sihir api hitamnya.


Olivia segera menepis serangan Isabelle lalu dia melangkah jauh dari gadis itu.


Dia melancarkan serang balas


"Wind Vortex!"



Isabelle dengan pantas melompat ke dahan pokok,mengelak serangan itu.


Lalu dia melompat dengan laju dari dahan ke dahan yang lain,semakin jauh dari Olivia



"Fire Blast!"



Dia melancarkan serangan dari jauh.



"Argh!!"



Olivia terlempar dari tempatnya berdiri tadi.



Separuh anggota badannya dilimpahi darah,dia berusaha berdiri ingin menyerang kembali.


Sementara itu,Rossia tidak duduk diam.



Dia cuba menyerang Adreana namun gadis itu sempat dilindungi Asher.



"Lawan kau adalah aku"



ujar lelaki itu.


"Tch!"



Rossia berdecih apabila mendengar kata kata Asher lalu mereka berdua berlawan sesama sendiri

"Tamatlah riwayat kau Isabelle!!"



Teriak wanita itu.



"Wind Explosion!"




Olivia menggunakan kuasa terkuatnya bagi mengalahkan Isabelle.



Gadis itu tidak sempat mengelak kerana tenaga sihirnya sudah berkurang dengan banyak selepas mengeluarkan kuasa sihir paling kuat lalu jatuh dari dahan pokok tadi.


Dylan,Natasha dan Damien pun tiba di tempat mereka semua lalu kelihatan sedang berlaku perlawanan yang sengit.



Rossia ternampak mereka bertiga dan dia berlari ke arah Isabelle



"Aku naik tingkat atas jap nak serang diorang dari jauh!"


ujar Rossia.


Namun hakikatnya,gadis itu melarikan diri meninggalkan Isabelle.



Olivia tercungap cungap kepenatan selepas melancarkan sihir terkuatnya lalu dia jatuh terduduk di situ


Damien berlari ke arah Adreana dan bertanya



"Kau ok ke?"



Adreana hanya mengangguk.


Isabelle menyedari tiada apa apa serangan yang dilancarkan Rossia lalu dia sedar yang dia sudah dipergunakan gadis itu.


Dia melihat ramai musuh yang harus dia berhadapan,


dia tidak ada pilihan lain. Dia berdiri kembali dan bersedia untuk melancarkan serangan mematikan.


Dia mengumpulkan semua tenaga sihirnya lalu dia melepaskan sihir itu ke arah mereka semua namun Olivia menyedari akan hal itu.


Dia terus bangkit berlari untuk melindungi mereka yang berada disitu.


Olivia sempat menepis serangan Isabelle lalu serangan itu berbalik pada gadis tersebut.


Kerana itu adalah sihir terkuat,serangan itu menembusi perutnya dan dia jatuh bergelimpangan di tanah tidak bernafas lagi




to be continue...



Hai readers! Esok kitaorang cuti sehari atas sebab ii tertentu..stay tune ok! Jgn maghoh 🌹


Stay tune for the next chapter!! Thanks for reading!!





HALF BLOOD







-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓Where stories live. Discover now