you and me

60 10 0
                                    

Keesokan harinya,






mereka semua sarapan bersama seperti biasa namun kurang salah seorang dari mereka iaitu Asher yang tidak turun turun lagi.




"Mana Ash?"


Natasha bertanya pada mereka semua.



"Tak apa lah ma..nanti Damien hantar makanan kat bilik dia"



jawab Damien.



Natasha hanya menghela nafas panjang.




Damien pun membawa sedulang makanan ke bilik Asher.



"Ash..aku ada bawa sarapan kau ni..kau makan sikit eh?"



Dia mengetuk pintu bilik sepupunya itu

sambil memujuk.

Namun Asher sikit pun tidak menyahut.



"Kau pergi la..aku tak nak sesiapa kacau aku!"



Asher menghalau Damien dari biliknya.



Damien ingin memulas tombol pintu bilik itu tetapi dia terfikir Asher masih lagi memerlukan masa dan dia pun meninggalkan dulang berisi makanan tadi di hadapan pintu bilik sepupunya itu dan berlalu pergi.



"Ni semua salah aku"



Tanpa disedari Adreana terdengar Damien dimarahi Asher.


Ketika dia hendak pulang ke biliknya,



dia melihat Damien sedang berdiri di hadapan bilik Asher lalu dia menyorok di balik dinding dan mencuri curi dengar perbualan mereka.



Adreana makin diselubungi rasa bersalah dan dia merasakan dirinya hanya beban kerana tidak pernah membantu sikit pun selama dia tinggal disitu serta misi pencarian Claudia dia hanya melihat orang lain bertungkus lumus berlawan sementara dia tidak mampu melakukan apa apa



Pada malamnya,


dia seperti biasa masih tidak boleh melelapkan mata kerana terfikir fikir akan kesalahannya itu dan timbul rasa rindu pada dunia asalnya.



"Apa jadi dekat sana ya?"



Dia teringat kenangan ketika berada di dunia manusia lalu tertidur.



Keesokan harinya,



dia memutuskan untuk pulang buat sementara waktu.




"Aunty,uncle..Adreana nak balik dunia manusia kejap boleh?"


Dia bertanya pada Dylan dan Natasha ketika mereka semua sedang sarapan bersama.


"Adreana nak tenangkan diri dulu so Adreana nak balik kejap je"



sambungnya lagi



Mereka hanya mengangguk tanda setuju





"boleh je Adreana..hati hati ya dekat sana"


Ujar Natasha.


Tetapi Damien hanya menundukkan wajah tampannya itu lalu berkata


"aku nak ikut kau"



"Eh tak payah lah..aku ok je balik sorang sorang"


HALF BLOOD ✓Where stories live. Discover now