The Bidder

76 9 0
                                    

Kejadian yang menimpa Adreana tadi masih lagi terngiang ngiang di fikirannya.

Adreana semakin resah memikirkan tentang perkara itu.

Apa sebenarnya yang terjadi? Apa maksud kata kata dari suara itu?.

Semakin dia fikirkan,semakin tegak bulu roma tengkuk nya.

Damien yang menyedari riak muka Adreana yang keresahan terus bertanya.

"Wey? Kau kenapa? Dari tadi diam je"

Tanya damien.

Adreana masih lagi berdiam,dia berfikir tiada guna mengatakan apa yang dia nampak tadi kerana Damien pastinya tidak akan percaya.


Gadis itu mengelamun sepanjang perjalanan sehingga tidak sedar bahawa mereka sudah tiba di hadapan istana.

Mereka berdua pun menaiki anak tangga masuk ke dalam istana lalu kelihatan Dylan dan Natasha sudah duduk di sofa ruang tamu menunggu kepulangan mereka.


Damien pun mengabarkan bahawa mereka sudah dapat penawarnya lalu mengeluarkan sebuah botol yang dibalut kain dari poketnya.

"Meh sini papa nak tengok jap"

kata Dylan.

Damien pun memberikan botol penawar itu pada papanya.

Dylan membelek belek botol itu bagi memastikan tiada apa apa yang curiga di dalam isinya.

"Ok kita dah boleh bagi penawar ni pada Claudia"

kata Dylan lagi.

Mereka pun menaiki ke tingkat 2 istana menuju ke bilik Claudia. Kelihatan wanita itu masih lagi terbaring tidak sedarkan diri.

Natasha meminta Adreana untuk menyuapkan sesudu penawar itu pada Claudia dan setelah itu mereka pun pulang ke bilik masing masing untuk berehat.


Tiba tiba,mereka terdengar bunyi pelik datang dari bilik Claudia.

Mereka semua berlari menuju ke arah bunyi itu dan terlihat Claudia sudah berubah menjadi semakin menyeramkan.

Matanya putih sepenuhnya,tumbuh tanduk di kepalanya dan seluruh badannya dipenuhi tanda sihir hitam yang menakutkan.


Mereka yang berada disitu cuba menenangkan Claudia namun dia meronta ronta dan mengamuk sehingga tiada siapa yang berani mendekati.

Tenaga Claudia pun sangat luar biasa kuatnya.

Mereka sudah buntu tidak tahu bagaimana lagi hendak tenangkan wanita itu.


Lalu Damien teringat akan Asher yang mahir dalam perubatan dan dengan segera pergi memanggilnya .

Damien termengah mengah mengetuk pintu bilik Asher.

Lelaki itu pun keluar dari bilik dan bertanya

"eh Damien..kenapa ni? Ada apa?".

"M-mama Adreana..m-mengamuk.. tolong t-tenangkan dia"

jawab Damien dengan nada yang tersekat sekat.

Mereka berdua pun segera kembali ke bilik Claudia lalu kelihatan wanita itu sudah tidak dapat dikawal oleh orang yang berada disitu.

Asher dengan pantas membaca suatu mantera bagi menenangkan Claudia lalu wanita itu berhenti mengamuk dan jatuh pengsan ke lantai.


Mereka terpaksa kunci pintu dan mengurung Claudia kerana risau wanita itu akan mengamuk lalu membuat kekacauan lagi.

HALF BLOOD ✓Where stories live. Discover now