The Witch

89 9 0
                                    

Damien menolak kasar Charles jauh dari Adreana.

"Apasal kau tampar perempuan ni ash?"

Soal lelaki itu dengan nada yang tegas.

"Dia cuba bunuh abang aku Damien..kau ingat aku tak ada perasaan ke tengok abang aku nak kena bunuh?"

Asher membalas semula kata kata Damien.


Mereka berdua mula berdebat sesama sendiri lalu Charles cuba meleraikan pergaduhan itu.

"Dah lah tak payah gaduh..aku ok je..dah jom balik..lebih baik kita report dekat uncle pasal Rossia ni"

ujar Charles.






Pov Rossia:

Kegelapan di sekitar kawasan itu tidak dapat di lihat dengan jelas di mana dia berada.

Rossia terjaga dari pengsan dan menyedari kaki dan tangannya diikat menggunakan rantai besi yang menyekat kuasa sihir.

Gadis itu cuba menjerit mencabar ahli sihir itu keluar menunjukkan mukanya.

Tiba tiba seekor gagak datang dan terbang menghampirinya.

Mata merah saga burung gagak itu membuatkan jantung Rossia berdebar debar gementar.


Gadis itu menyedari bahawa burung gagak itu adalah ahli sihir yang menculiknya lalu dia berkata

"Haha..penyihir terkejam ke ni? Kenapa sorokkan wujud sebenar kau dengan jadi gagak macam ni? Turun darjat kau bila buat macam ni tau!"

Rossia cuba mengumpan ahli sihir itu dengan mencabarnya.

Dia termakan umpan gadis itu lalu berubah ke wujud sebenarnya.

"Berani ya cabar aku. Aku ada ganjaran untuk kau HAHAHA"


kata ahli sihir itu diikuti gelak tawa jahatnya.

Dia mengambil seutas rantai besi sepanjang 2 meter lalu melibaskannya ke arah belakang Rossia.

Gadis itu hanya mampu mengerang kesakitan yang amat sangat.


Dalam perjalanan pulang,

Charles bertanya pada Asher

"Ash..macam mana kau boleh ada dekat situ?"

Asher hanya menundukkan pandangannya.

"Aku ikut korang risau perempuan gila ni cuba apa apa kan kau lagi"

jawabnya.


Adreana menjeling tajam ke arah lelaki itu.


"Apa kau panggil aku?"

Gadis itu membalas semula dengan nada yang marah.

"Lah pekak ke?"

Asher memerli Adreana. Saja membuatkan hatinya jadi lebih panas.


"Dah lah tu. Rossia kena culik korang nak gaduh lagi ke?"


Damien cuba meleraikan mereka berdua.

Asher dan Adreana hanya berdiam lalu memandang arah yang bertentangan seolah olah meluat melihat muka sesama sendiri.


Mereka tiba di istana dalam keadaan yang kusut masai akibat dari kejadian di Dark Moon Village tadi.


HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now