The Truth

57 8 0
                                    

Seketika dia meninggalkan istana itu,

Asher tidak tahu ke mana arah harus dituju.

Lalu dia terfikir untuk pulang ke rumah ibu bapanya untuk mendapatkan ketenangan sebelum dia membawa diri mengembara mencari pengalaman baru.


Setibanya dia di rumah tersebut,dia berjalan melawat setiap penjuru rumah itu bagi melepaskan rindu pada kenangan ketika dia masih kecil bersama keluarganya.


Tanpa disedari,airmata mengalir lagi di pipi. Hatinya merasa kesunyian apabila teringat dia sudah kehilangan keluarga yang dicintai.

Asher berjalan sehingga tiba di biliknya dan Charles waktu kecil dulu. Dia dan abang nya banyak menghabiskan masa bersama. Bermain,tidur dan kadang kala bergaduh tetapi Charles selalu mengalah demi adiknya,Asher.


Kenangan itu makin membuatkan dia merasa sunyi dan kehilangan apabila diingati semula.


Lelaki itu duduk di katil lusuh dan kecil itu lalu dia terlelap dengan airmata yang mengering di pipi.




Pov Istana:


"Pa..Damien rasa nak ikut Ash..Damien risau jadi apa apa kat dia"

ujarnya.

Namun Dylan tidak membenarkan Damien mengikut Asher kerana lelaki itu masih memerlukan sedikit masa untuk bertenang dan menerima takdir ini.


Sementara Adreana yang masih dihuni rasa bersalah tidak dapat melelapkan matanya lagi.


Dia menyalahkan dirinya atas apa yang telah terjadi.

Tiba tiba dia terdengar suara riuh rendah di tingkat bawah lalu dia bangun dari katil dan menuruni anak tangga.

Kelihatan Olivia sedang duduk berbual dengan Natasha dan Dylan.

"Haa Adreana..duduk la sekali..ada benda nak bincang"

ujar Olivia

"Mana Asher? Ada benda aku nak cakap dengan Asher pasal Charles.."


ujarnya.


"Asher tak ada dia keluar..."

jawab Dylan.

"Kalau macam tu..nanti tolong sampai kan dekat Asher pasal apa aku nak cakap ni..dulu masa Charles hidup dia pernah buat perjanjian dengan aku.."


kata Olivia sambil mengeluh.

"Perjanjian? Perjanjian apa?"

tanya Damien ingin tahu


"Perjanjiannya adalah Charles kena carikan di mana istana Lexusin dan jika Charles dapat tahu di mana letaknya istana itu aku akan selamatkan dan sembuhkan seorang wanita yang sedang menjadi bawahan Lexusin..tetapi charles mati sebelum tahu tentang keberadaan istana Lexusin.."

kata wanita itu

"Aku tak tahu siapa wanita yang jadi tahanan tu..tapi aku rasa korang semua berhak tahu yang Charles tu baik..sanggup buat perjanjian dengan penyihir demi selamatkan seorang wanita.."

sambung Olivia lagi.

Mereka semua terkejut mendengar apa yang dikatakan Olivia tadi.

Ternyata Charles yang mereka anggap sebagai pembelot rupanya berniat menyelamatkan Claudia.


Adreana salah satunya yang paling rasa bersalah.

Dia sudah membuat kesalahan yang paling besar dalam hidupnya lalu dia jatuh terduduk dalam penyesalan.

"C-charles..dia berniat nak tolong mama..tapi aku fitnah dia macam macam sampai cuba nak bunuh dia..."

kata Adreana dengan suara yang terketar ketar.

Damien segera mendapatkan Adreana untuk menenangkannya dan berkata


" tak apa bukan salah kau..kita semua salah sebab tuduh dia jahat..."

lalu Olivia bangun dari tempat duduknya kerana sudah ingin pulang


"Nanti tolong sampaikan pesan aku tadi pada Asher ya.."

ujar Olivia lalu dia menghilang dalam pusaran angin.

"Damien..cari Asher..dia kena tahu pasal ni.."

kata Dylan sambil mengeluh panjang


"Baik pa..Adreana aku pergi kejap tau..kau jangan down macam ni.Ni semua bukan salah kau"

kata Damien dengan senyuman yang terukir lalu segera berlari keluar istana untuk pergi mencari Asher.

Damien tahu yang Asher akan pergi ke rumah ibu bapanya jadi dia pun segera menyusul Asher.

Damien tiba di rumah ibu bapa Asher lalu dia mengetuk pintu rumah itu dalam keadaan termengah mengah.


"Ash!! Kau kat dalam ke? Aku ada benda penting nak bagitahu kau pasal Charles"

jerit Damien


Asher terbangun dari tidur apabila terdengar suara Damien menjerit memanggilnya dan menyebut tentang Charles lalu dia segera menuruni tangga dan membuka pintu


"ha masuklah"


ujar Asher.

Damien pun memasuki rumah itu dan duduk di salah satu sofa yang berada di situ.


"Tadi Olivia datang istana..dia cakap yang Charles ad-"

tidak sempat Damien selesaikan ucapannya tiba tiba mereka terdengar bunyi tapak kaki seseorang di luar.


"Eh bunyi apa tu?"

soal Damien.


"jom pergi tengok"


kata Asher


Mereka melangkah keluar dari rumah lalu terlihat seseorang berpakaian serba hitam dan menundukkan muka menyebabkan wajahnya tidak terlihat oleh Asher dan Charles.

"Korang semua punca dia mati!"


lalu orang itu dengan tiba tiba menyerang mereka berdua...






to be continue..







Stay tune for the next chapter!! Thanks for reading!!












HALF BLOOD










-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓Where stories live. Discover now