He...No Longer Exist

82 10 4
                                    

Mereka menatap sosok tubuh seseorang yang sangat mereka kenali.

Seseorang yang telah melindungi mereka dulu.

"Z-zayn? K-kau masih hidup?"

Kata Damien teresak esak.

Damien berlari menghampiri Zayn lalu memeluk lelaki itu untuk melepaskan rindunya.

Sahabatnya dahulu,walaupun baru kenal tetapi mereka saling membantu,saling melindungi membuatkan ikatan mereka sudah seperti bertahun tahun lamanya.

Tetapi,

Zayn tidak merespon akan pelukan itu.

Dia hanya kaku,berdiam diri. Zayn seolah olah tidak seperti dulu.

Adreana tadinya cuba menghalang Damien daripada menghampiri Zayn kerana merasakan suatu aura yang aneh pada lelaki itu tetapi Damien sudah terlebih dahulu berlari ke arahnya.

Damien kemudian melepaskan pelukan itu lalu berkata

"Aku ingat kau dah tak ada Zayn.. aku rindu kau tahu tak"

sambil mengesat airmatanya yang mengalir deras.

Zayn masih lagi tidak merespon,hanya berdiri kaku seolah olah mayat hidup.

Adreana menghampiri mereka  berdua dan berkata

"Zayn? Bukan ke kau dah mati? Macam mana kau boleh hidup balik?".

"Warewolf macam aku sebenarnya dikurniakan 2 kehidupan"

barulah Zayn membuka mulutnya.

Adreana hanya menghela nafas.

"Dah dah la tu Damien..kita kena cari penawar tu sekarang..dah nak malam ni"

kata gadis itu.

Damien hanya menurut kata Adreana dan menarik nafas sedalam dalamnya bagi menenangkan hati.

"Aku tahu kat mana penawar tu"

tiba tiba Zayn mencelah.

Damien menoleh ke arah Zayn dan menjawab

"Haa baguslah tu..boleh kau tunjukkan kitaorg kat mana tempatnya".

Adreana mula rasa curiga lalu berkata

" Eh takyah la Damien..aku rasa lebih baik kita pergi sendiri..lagi pun aku rasa Zayn ni pelik la"

bisik gadis itu pada Damien.

"Eh kau tak percaya ke ni Zayn? Dia yang lindung kita masa tu kalau tak kita dah lama mati"

kata Damien sedikit tegas.

Adreana hanya diam seribu bahasa kerana tidak mahu menimbulkan pergaduhan dengan Damien.

"Jom la ikut je Zayn"

sambung lelaki itu lagi.

Adreana terpaksa menurutinya lalu mereka pun menuju ke tempat di mana penawar itu berada.

Ketika dalam perjalanan ke sana,

mereka semua menikmati keindahan kampung Zayn. Pokok pokok yang berwarna jingga kemera merahan bergerak gerak ditiup angin sepoi sepoi bahasa lalu sekumpulan burung merpati yang melintasi hutan menjadikan kawasan sekitar kampung itu kelihatan cukup indah di pandangan mata.


Setelah beberapa minit berjalan kaki,mereka pun sampai di sebuah bukit yang menghijau. Pemandangan bukit itu sangat indah dan dapat dilihat kampung Zayn dari atas sana.

HALF BLOOD ✓Where stories live. Discover now