It Will Go

68 8 0
                                    


"HAHAHA kau tak payah la nak lindung sangat budak Kayra tu. Kau pun berdarah ahli sihir paling kejam. KAU LUPA KE!"

Penyihir itu menengking Olivia.

"Tch!"

Olivia hanya berdecih kerana merasa jijik mendengar kata kata itu.

Lalu penyihir itu cuba untuk menyerang Adreana namun sempat dihalang Olivia.

Dia melangkah sedikit ke belakang dan berkata

"Eh Olivia..kau tu masih bernafas dekat sini semua sebab mak aku bagi darah dia dekat kau kalau tak dah lama kau mati..patutnya kau ikut puak kitaorang tapi kenapa kau membelot hah!?"


Olivia menghela nafas panjang cuba untuk sabarkan hati.


"Aku pun tak ingin nak darah ahli sihir..lagi lagi darah keturunan kau Davina!"

Olivia menjawab.

Hilang juga kesabarannya.


"Paling aku tak boleh terima bila mak dan ayah aku terpaksa korbankan diri demi darah yang jijik ni!"



Sambungnya lagi.



"Darah jijik kau kata"


hati Davina mula panas.

Dia membiarkan Rossia jatuh ke tanah dengan kaki dan tangan nya masih terikat.


Davina melancarkan serangan sihir hitamnya ke arah Olivia namun sempat ditangkas olehnya.


Olivia pula membalas dengan sihir elemen anginnya membuatkan Davina jatuh tersungkur ke tanah.


Wanita itu melompat tinggi dan cuba melepaskan sihirnya ke arah Davina yang jatuh namun sempat dielaknya.


Davina muncul di belakang Olivia secara tiba tiba seperti kilat lalu menendangnya membuatkan Olivia terlempar jauh.


Damien dan lain lain hanya mampu terpaku melihat pergelutan antara kedua dua ahli sihir itu di udara.

"Wind Slicer!"

Olivia melancarkan serangan sihirnya.


Davina tidak sempat mengelak,

badannya terguris dan berdarah dengan banyak akibat terhiris sihir angin Olivia yang tajam.

"Black Fire!"

Tiba tiba muncul api hitam mengelilingi wanita itu.


Olivia dengan segera menggunakan sihirnya untuk meneutralkan sihir Davina.


Lalu dia bergerak dengan pantas seperti cahaya dan muncul di belakang Davina.


Olivia menolak wanita itu jatuh ke tanah menggunakan sihir angin.

Dia menghulurkan tangannya lalu membentukkan angin menjadi sebilah pedang dan dengan pantas bergerak menghampiri Davina lalu menikam perut wanita itu.

"Maafkan aku"

kata Olivia.

Davina terbatuk mengeluarkan darah yang banyak.

Pedang angin Olivia lenyap setelah melukai Davina.


Dia pun bangun menjauhi Davina. Wanita itu duduk perlahan lahan dan memegang perutnya yang ditikam

HALF BLOOD ✓Where stories live. Discover now