Dream or Hint

77 8 0
                                    

Adreana terjaga dan menyedari dia berada di suatu tempat yang gelap dan kosong.


Tiba tiba datang suatu cahaya memenuhi ruangan tersebut dan sekelip mata dia berada di sebuah halaman rumah yang seakan pernah dilihatnya.


"Hahaha kejar lah aku hahaha"


kedengaran suara budak perempuan yang memecah hening di kawasan itu


"janganlah lari laju sangat"


dan datang pula seorang budak lelaki mengejar budak perempuan tersebut. Kelihatan mereka sangat gembira bermain bersama di situ.


Tiba tiba,

halaman rumah yang indah tadi menjadi gelap semula.


Adreana yang masih kebingungan menoleh ke belakang,

kiri dan kanan tetapi masih juga tiada apa apa disitu.

Semuanya gelap gelita.



Tiba tiba


dia terdengar suara jeritan seorang wanita seakan memanggil suaminya



"ABANGG!!"



Lalu ruangan tadi bertukar ke sebuah medan perang.



Bunyi letupan,pedang  bertemu pedang,suara jeritan akhir prajurit.



Adreana masih lagi tidak dapat berfikir apa yang sedang terjadi,



nafasnya semakin laju kerana ketakutan melihat suasana disitu lalu matanya tertangkap sebuah keluarga yang sedang berhadapan dengan musuh terkuat.




Si ayah berusaha melindungi isteri dan anak perempuannya dan tiba tiba lelaki itu ditumbuk sehingga tercampak jauh dari situ.



"---- lariii!!"



Dia mengarahkan isterinya lari dari situ dan wanita tersebut terpaksa berlari membawa anak perempuannya lalu apabila dia menoleh semula ke arah suaminya,


lelaki itu telah di tikam oleh musuh.Wanita itu menoleh semula ke hadapan dengan diiringi airmata yang mengalir deras.



Adreana yang melihat situasi itu tanpa disedari mengalirkan airmata lalu dia jatuh pengsan.


Helaan nafasnya menjadi sangat laju. Tercungap cungap dia mencari cari udara.


Adreana melihat dia sedang duduk di atas sebuah katil dan suasana disitu,



jelas bahawa dia sedang berada di hospital.




Gadis itu melihat di sebelahnya,Damien sedang tertidur dengan kepala di letak di atas tangannya dan tiba tiba dia terjaga.



"Adreana..kau dah sedar?"



lelaki itu terkejut dan dengan segera dia berlari memanggil doktor.




Selepas Adreana diperiksa,


doktor mengesahkan kesihatannya semakin pulih.



"Tapi saya dapat tahu,ujian darah awak mengesan yang darah awak ni unik..encik Damien tahu apa apa ke pasal ni?"



Doktor lelaki itu bertanya padanya.




Damien hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu apa apa.




Usai diperiksa,doktor tadi mengesahkan Adreana sudah boleh pulang.



Lalu gadis itu segera menukar baju di dalam tandas sementara Damien mengemas barang barang Adreana.



"Kau nak terus balik ke nak makan dulu?"



Damien bertanya padanya.



"Terus balik la,aku nak rehat"



jawab Adreana.



Lalu lelaki itu memandu keretanya menuju ke rumah Adreana









Pov Rossia:




"Uncle.aunty..Rossia pergi memburu dulu"


ujar Rossia lalu keluar dari gerbang istana.Rossia pun sampai di hutan yang biasa dia memburu.Ketika gadis itu sedang mencari haiwan untuk dimangsanya tiba tiba dia diserang oleh gadis dalam lingkungan 20an lalu Rossia segera mengelak serangan gadis tadi


"kau siapa?!"



Soal Rossia pada gadis tadi namun dia hanya mengabaikan soalan itu




Lalu gadis tadi bergerak pantas mengelilingi Rossia agar Rossia tidak mempunyai celah untuk mengelak dan dia melompat tinggi untuk menyerang Rossia dari belakang menggunakan sihirnya.


Namun Rossia sedari tadi sudah dapat mencium serangan gadis itu datang dari arah mana lalu dengan pantas dia menoleh ke belakang.



Rossia membalas serangan dengan sihir elemen air yang memadamkan sihir yang hampir mengenainya itu lalu dia melangkah sedikit ke belakang agar boleh berbicara dengan gadis tersebut.




"Apa tujuan kau?  Siapa kau?"





Gadis itu hanya tersengih dan berkata




"Aku Isabelle dan tujuan aku..."








Beberapa hari telah berlalu sejak hari lahir Adreana.




Pada petangnya,Damien dan Adreana seperti biasa makan bersama di restoran kegemaran mereka




"Damien..sejak aku pengsan hari tu kan aku selalu dapat mimpi pelik macam yang aku cerita tu..aku rasa benda ni ada kena mengena la dengan asal usul aku"



ujar Adreana



"asal usul kau? Kalau macam tu kita balik dunia sana la..tanya dekat papa aku..mesti dia tahu apa pasal ni"



kata Damien.




"Hmm jomlah..aku pun nak tahu pasal asal usul aku"



ujar gadis itu lalu mereka pulang ke rumah masing masing untuk mengemas barang




Setelah selesai mempersiapkan semuanya,



mereka pun bergegas ke dunia vampire dan terus menuju ke istana Dylan lalu mereka melihat Rossia sedang berjumpa dengan seseorang yang memakai jubah hitam di pinggir istana









to be continue...








Stay tune for the next chapter!! Thanks for reading!!







HALF BLOOD







-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt