prince warewolf

63 10 0
                                    

Adreana dan Damien terus menoleh ke arah lelaki berumur 30an itu.



Damien memandangnya dengan riak wajah terkejut lalu berkata




"muka kau..macam pernah nampak".





"Kau ke warewolf bangsawan yang terakhir tu?"



Sambung Damien lagi




"Kau macam pernah nampak muka aku? Dekat mana? Warewolf bangsawan terakhir?"



Kata lelaki tadi sambil mengerutkan dahi




"Muka kau..sama macam kawan aku..nama dia Zayn"



Lelaki tadi terkejut mendengar jawapan Damien.




"Zayn?"





Adreana tiba tiba mencelah



"kau kenal ke Zayn? Dia warewolf bangsawan juga"





Lelaki itu mengeluh panjang dan berkata




"nama aku sebenarnya Zayden..abang Zayn"




Adreana dan Damien turut terkejut mendengar penjelasan Zayden.





"Korang kenal ke Zayn? Dia sekarang dekat mana? Aku dah lama cari dia"



sambung Zayden lagi





Mereka berdua hanya memasang wajah suram apabila lelaki itu bertanya tentang Zayn.




Mereka semua kembali duduk di meja makan sambil berbual tentang puak warewolf.





Zayden menceritakan bahawa perkampungan warewolf dahulunya diserang puak iblis dan dia serta adiknya Zayn sedang mengikuti medan perang demi menyelamatkan kampung mereka namun tiba tiba kepulan asap tebal menyerang mereka lalu Zayn dan Zayden terpisah.




Zayden menyatakan dia cuba mencari Zayn di merata tempat tetapi dia tetap tidak dapat menjejaki adiknya itu hingga sekarang.






"Kenapa korang cari aku? Kenapa korang tak cari Zayn je? Bukan ke korang kata dia tu kawan korang?"





Lalu Damien menjadi muram kembali dan berkata




"Zayn sebenarnya dah lama mati setahun yang lepas"




Zayden terkejut mendengar kata kata Damien. Dia juga turut terkilan kerana tidak sempat menjumpai Zayn dan tiba tiba mendapat berita bahawa adiknya sudah pergi.




"Zayn mati sebab apa?"





Soal Zayden.


Damien menghela nafas panjang,menahan sebak dan berkata

"Zayn mati sebab seorang iblis bawahan Lexusin bunuh dia..tapi iblis tu pun dah mati juga"


"Kitaorang minta maaf Zayden"


Adreana dihuni rasa bersalah


Zayden hanya menarik nafas dalam dalam lalu berkata

"Tak apalah benda dah jadi"

namun terlihat kesedihan dari riak wajahnya.


"nama korang berdua ni apa?"


tanya Zayden.



"aku Damien Alexender dan ni Kayra Adreana"

jawab Damien sambil memegang tangan Adreana.Lelaki itu terkejut mendengar nama Adreana lalu bertanya

"Kayra Adreana? Perempuan half blood tu ke? yang jadi penyebab ramai puak berebut darah tu?"

"Iya aku lah half blood  tu"


jawab Adreana sambil mengeluh


"Zayn...pengorbanan kau tak sia sia sebab dah lindungi orang yang boleh selamatkan tempat ni suatu hari nanti"

kata Zayden tertunduk sambil tersenyum

"Dulu dunia ni aman termasuk Dark Moon Village...tapi lepas datangnya Lexusin dan anak anak buah dia, dunia ni terus jadi huru hara.. Lexusin mula buat kerajaan sendiri..dia hasut penduduk tempat ni untuk jadi anak buah dia dan bertukar jadi demon macam dia..dia mula kuasai dunia ni..kalau ada yang bantah perintah, dia akan bunuh tanpa belas kasihan...sampai la terlahirnya seorang anak perempuan yang dikatakan half blood..dan kami pun tahu yang budak perempuan tulah yang akan lindungi dunia ni nanti...3 puak yang berdarah bangsawan pun mula berpakat untuk lindungi half blood tu dari Lexusin...kalau Lexusin dapat darah half blood tu dia akan kuasai dunia ni sepenuhnya..waktu kampung kami diserang dulu ramai sangat yang terkorban termasuk mak dan ayah aku..dan aku dengan Zayn pun terpisah waktu tu..''

sambung Zayden lalu terlihat sedikit airmata di pipi lelaki itu


Damien dan Adreana hanya terdiam.

Zayden pun bangun dari tempat duduknya.


"Korang dua bermalam jelah dekat sini dulu"

ujar lelaki itu lalu berjalan ke arah biliknya

Zayden termenung dan teringat akan kenangan bersama keluarganya dulu.

Zayden dan Zayn,walaupun waktu kecil mereka adalah putera tetapi mereka berdua orang yang merendah diri dan suka bermain serta makan bersama rakyat biasa.

Airmatanya mula mengalir apabila teringat kenangan itu dan dia tertidur dengan ditemani kesedihan

Keesokan paginya selepas sarapan,mereka bertiga iaitu Damien, Adreana dan Zayden pun bergegas ke istana Dylan

Semasa dalam perjalanan,mereka bertiga melalui kampung warewolf itu atau lebih dikenali Dark Moon Village lalu Zayden ternampak Zayn berdiri disana tersenyum sambil melambai ke arahnya

Zayden hanya membalas senyuman itu lalu menoleh kembali kerana dia tahu itu hanya lah bayangan.



to be continue...




Stay tune for the next chapter!! Thanks for reading




For readers: korang boleh tengok mini trailer Half Blood di tiktok @daxxpenyu okey!




HALF BLOOD




-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now