PROLOG

1K 76 0
                                    

- 𝓚𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽'𝓼 𝓢𝔀𝓮𝓮𝓽𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 -

"Tak perlu takut, aku akan sentiasa ada dengan kau. Cukup kau tahu satu perkara, Puteri Adriana Metilda. Apa pun yang akan terjadi nanti, your knight is right here." Bisik Zayn datar. Tangan kasar miliknya membelai lembut rambut panjang Metilda.

Metilda yang berada didalam pelukkan Zayn langsung tidak bergerak memberi balasan. Dirinya hanya menangis tanpa mengeluarkan suara. Air mata semakin banyak yang terbit dari kelopak mata. Dirinya tidak tahu untuk membalas apa kepada lelaki yang sudah berjanji sanggup mati deminya. Buat saat ini apa yang dia dapat fikir dengan waras adalah dirinya sendiri.

Tetapi Metilda tahu, jika dia tidak membalas apa-apa sekalipun lelaki dominan itu tetap akan lakukan apa yang dia inginkan. Metilda tiada mempunyai kuasa untuk melawan walaupun dirinya memang suka melawan. Ini kerana apabila dia berada dekat sahaja dengan lelaki ini aura dominan lelaki ini sungguh kuat sehingga dia tidak mampu melawan lebih atau mungkin dia hanya menutur perintah ?Mungkin. Kerana hanya lelaki ini sahaja yang memberinya kasih sayang selepas kematian Bondanya, Ratu Adillah. Ayahandanya, Raja Maverick pula langsung tidak mengambil tahu tentang dirinya hanya mengasihi Permaisuri Salmah.

"Stop crying, I'll find your heart. Don't worry. Okay?" Pujuk Zayn datar apabila dia sudah bosan mendengar Metilda menangis tidak henti-henti. Tambahan pula dia paling tidak menyukai gadis yang manja dan lemah. Sangat rimas.

Sudah dia mempunyai banyak kerja yang harus disiapkan. Bertambah pula kerjanya apabila perlu mencari hati gadis ini yang menghilang. Dia tahu agak mencabar dan mustahil untuk mencari sesuatu yang ghaib dan lebih tidak masuk akal sesuatu itu adalah hati. Mana mungkin manusia biasa boleh mencuri sesuatu yang ghaib itu sedangkan untuk melihat gadis ini memerlukan mata batin.

Mungkin yang mengambil hati itu adalah dalam kalangan jin, syaitan ataupun hantu mungkin juga manusia yang bermata batin? Itu sudah pasti dalam kalangan itu. Dia sudah mendapat satu clue untuk kunci.

Usah dikira siapa pun orang itu semuanya pasti dia cari tahu dan pasti orang itu juga dari kenalan Metilda. Mustahil orang luar ingin melakukan sesuatu yang menyiksakan orang lain.



____________________

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐆𝐇𝐎𝐒𝐓 : 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐓𝐈𝐋𝐃𝐀

Membuka tirainya...

𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐓𝐈𝐋𝐃𝐀 {𝐎𝐆}Where stories live. Discover now