❍☆❍〃

Beret di kepala, aku tekan. Ya Allah penat! Padahal lambat lagi giliran akan tiba.

Baru je nak mula dengan ucapan alu aluan dan penutup Temasya Sukan oleh Tuan Pengetua beserta Pengerusi PIBG sekolah.

"Majulah sukan untuk negara!" Tuan Pengetua menggengam penumbuk di udara dan dengan itu tepukan bergemuruh di stadium negeri.

Aku...

Aku rasa tak larat nak kerdipkan mata apatah lagi gerakkan badan sekalipun.

Tapi...

Aku dah tak boleh tahan dengan ucapan Tuan Pengetua yang panjang lebar.

Aku disini, berdiri bersama yang lain di trek larian ini serasa tubuh aku kian tak seimbang.

Dunia berputar putar.

Aku rasa cikgu tak sedar akan keadaan aku kerana aku berada di belakang sekali.

Di sebelah kanan Lingga dan kiri Hafiz. Dua dua junior aku tingkatan 4.

"Weh, kau kenapa ni?"

Aku dengar suara Lingga tapi dia macam menyoal bak angin lalu.

Nadanya keliru dan aku...

Rebah.

"Lingga! Irel pengsan lah bongok!" Hafiz memarahi Lingga.

"Lahhh, kenapa?" Lingga berubah kalut.

Ergh, kalau bukan sebab aku dah tak ada daya, aku dah lama luku kepala Lingga ni. Dia ni jugak yang aku suka cari pasal kalau ada latihan kawad.

Duduk line belakang sekali bagi kami kelebihan untuk bersembang. Kadang tergelak dengan salah langkah line depan takpun diorang hentam gelak kalau aku jalan macam robot.

Aku bukan apa, kadang keliru sikit.

Dah, dah Irel. Fokus pada pitam kau.

Dari hujung pendengaran antara dengan tak, keriuhan bertambah.

Aku rasa sesak. Pipi di tepuk tepuk dan kalau aku dapat tahu siapa punya kerja ni, tak perlu izin aku nak lempang terus!

Sakit gila!

Saat tubuh aku terasa diangkat, semua deria gagal berfungsi seketika.

❍☆❍〃

Bersilih ganti pasukan membuat lintas hormat, kini semua berkumpul di padang berumput. Tegak berdiri, menanti tentatif lanjutan.

"Up!"

"Kami, para pelajar SMK TSSB dengan ini berikrar akan melibatkan diri di dalam bidang kokurikulum semampu yang boleh juga berikrar mengangkat nama baik sekolah ke persada arena sukan seterusnya mengharumkan sekolah kebanggaan kami. Kami juga berikrar dan berjanji menjadikan sukan dan riadah sebagai rutin wajib bagi melahirkan generasi belia negara yang sihat tubuh badan dan akal. Majulah sukan untuk negara!"

"Down!"

Berdiri di situ, Irel tak mampu untuk tahan senyuman bangganya. Berkaca sepasang mata tanpa mengalihkan tumpuan pada titik fokus yang dia pasakkan.

Suara yang bergema melalui sistem pembesar suara itu jelas mendirikan bulu romanya.

Berselang seli ikrar yang dipimpin dengan suara para pelajar yang menyahut.

"Tibalah kita ke acara yang ditunggu tunggu sebentar sahaja lagi. Para pancaragam diminta untuk membubarkan barisan."

Dan satu demi satu sebanyak 12 warna yang menghiasi padang bola, keluar mengikut turutan.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now