Kotak kotak barang dalam kereta cikgu dipandang satu satu. Banyak gila! Sampai penuh bonet siap bertindan lagi!

"Macam mana nak bawak ni, Rel?"

Aku diam berfikir dulu. "Erm..."

Kotak diangkat satu. "Ringan je ni. Boleh angkat sekali dua."

Aku ambil satu lagi kotak dengan sebelah tangan dan letak atas kotak yang aku pegang.

Diniy tengok aku dengan pandangan skeptikal. "Serious la?"

"Betul, try angkat." Biarpun sebesar kotak air mineral cap Keluarga tapi ringan je.

Diniy angguk je. "Haah la, ringan."

Setelah itu, empat kotak selamat kami bawa ke blok dua tingkat yang aku dah buka lampu masa datang. Seram sikit blok ni.

Bilik jahitan dibuka kuncinya oleh Diniy sementara kotaknya diletak atas tembok.

Lampu dibuka dan saat masuk je, aku terkaku. Diniy juga.

"Diniy, jangan cakap tu baju yang kau kena pakai?" Iris mata aku tak lepas dari perhati baju yang tersarung dengan plastik.

"Betapa aku harap sangat bukan tapi yang tu la mak aku tunjuk semalam." Diniy angguk.

Jatuh bahunya. Tak rela. Nak tak nak, kena pakai juga memandangkan baju tersebut mengikut saiz Diniy. Diorang siap datang lagi fitting Diniy tempoh hari.

Ada jugak dia pujuk cikgu tapi tak jalan. Pembawa sepanduk selalunya tingkatan 5 dan perempuan.

Tolak aku, Shahirah dan A'watif, tinggal Ama dan Wan. Ama cikgu tarik masuk perbarisan kawad kaki Polis. Wan pula asma jadi dia jarang aktif.

Tinggal Amira, sebab tu cikgu ambil dia. Kelas tingkatan 5 lain, tak ada yang sesuai.

"You deadly meat," maaf Diniy bukan nak takutkan kau tapi aku pun takut!

❍☆❍〃

Luth tarik keluar kasut sukan jenama Adidas dari almari. Disarungnya selepas stoking berada di kaki.

Semuanya dilakukan pantas dan Kawasaki Ninja miliknya menderum.

"Luth..." suara mamanya memangil, bantutkan niat Luth.

Dia yang melepasi pagar, tongkatkan semula moto dan berjalan tenang ke arah mamanya.

"Luth sayang..." Puan Puteri gosok perlahan rambut hitam Luth.

Luth tunduk cium tangan mamanya lalu tubuh itu didakap seketika sejurus dia berlari ke mendapatkan motonya. Langsung tak diberi ruang pada mamanya untuk berbicara.

Dia tahu apa yang bakal dikatakan.

Puan Puteri senyum nipis seraya menggeleng. Keras kepala Luth tetap juga masih beraja di hati satu satunya si anak.

Bunyi ekzos Luth hilang dari kejauhan. Kelajuan motonya bertambah.

Makin lama makin laju, iris hitam matanya bagai penglihatan burung hantu tatkala malam berlabuh.

Tak hirau apa pun yang menghalangi laluannya, semua dipotong. Kenderaan lain dipintas, cekap dia mencilok dengan moto ditunggang macam palesit.

Sampai disimpang, lampu kuning bertukar merah dan Luth potong.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now