Chapter 19

63 11 30
                                    

       

          Terima kasih awak,sebab dah tumpangkan saya berteduh kat sini semalaman.Lagi-lagi awak belanja saya semua barang ni.Lepas ni,saya janji takkan ganggu awak lagi." Dengan senyuman ikhlas,Shu keluar dari kereta itu.

"Eh kau pahal keluar? " Tanya Asyhraf.

"Takkan saya nak ikut awak balik lagi?" Balas Shu,agak keberatan menggagang barang-barangnya.

"Habis tu kau nak tidur mana nanti? Merempat?" Sindir Asyhraf.

Shuhada diam menyepi.Barusan terfikir.

"Kau ikut jelah aku balik" kata Asyhraf selamba membuka pintu kereta menggunakan sebelah tangan kanan manakala tangan kirinya masih memegang stereng kereta.

"Saya tak nak." Shuhada menolak pelawaan Asyhraf. Dia tidak mahu bersekedudukan dibawah satu rumah dengan lelaki bukan muhrimnya.

Walaupun lelaki itu telah banyak menolongnya,tidak bermaksud dia harus tinggal bersama lelaki itu.

"Aku tahu apa kau fikir.Kau stay je kat rumah aku,nanti aku balik pi rumah parent.Lagipun dah lama aku tak lawat diorang."

"Tapi-"

"Ah takpayahlah tapi-tapi,kau duduk jelah kat rumah tu.Nanti bila kau dah dapat tempat baru,kau keluar lah.Jangan risaulah."

"Saya janji saya bayar awak balik.Dah banyak jasa awak bagi kat saya.Maaf sebab menyusahkan awak."Shuhada berasa bersalah, dirinya tidak tenang mengganggu kehidupan orang.Diakan pembawa malang.Hatinya sebak teringatkan kata-kata sinis Puan Shida.

"Dahlah tu.Masuk cepat.Aku takde masa nak layan kau ni.Aku nak singgah tempat kawan lagi."

"Okey. " Dalam lubuk hatinya.Dia berasa bersyukur dipertemukan dengan orang sebaik Asyhraf ini.

Walaupun annoying tahap gaban.Ego lebih but dia baik hati orangnya.

***

"Ni kunci rumah.Ni phone lama aku.Apa apa call je aku."

"Tapi-"

"Aku pergi dulu." Tanpa mendengar balasan Shuhada,enjin sudahpun berlagu.Asyhraf segera keluar Dari perkarangan rumah.

"Macam mana saya nak balas jasa awak Asyhraf..Awak terlalu baik bagi saya.."

Angin sepoi-sepoi meniup wajah indah Shuhada.Tanpa sedar,dirinya sedang menarik nafas menahan sebak didada,menandakan keluhan berbaur dengan rasa syukur.

Dia memandang kunci Asyhraf ditangan lalu melihat pintu rumah dihadapan.

"Saya..terhutang budi pada awak.." Air mata mengalir di pipi,Shuhada mengelap air matanya dengan rasa terharu.

***

"Assalamualaikum.."

"Walaikumussalam,eh-Raf ?? Tak beritahu Umi pun yang kamu nak balik? "

"Raf busy sangatlah Umi.Raf lupa nak gitau Umi yang Raf nak tidur sini untuk beberapa hari-"

"Kenapa?Apa dah jadi dengan rumah kamu?"

Asyhraf duduk diatas sofa lalu menekan remote menghidupkan TV Tanpa memedulikan pertanyaan ibunya.

"Ada hantu ke kat rumah kamu?Kalau ada yang mengganggu,siap dia Umi kerjakan.Nanti Umi bawakan ustaz keliling rumah kamu.Nak kene halau bende tu sebelum-"

"Apa yang Umi merepek ni? Rumah Raf takde papelah.Raf saja nak tidur sini."

"Tak pernah sebelum ni kamu nak tidur sini,dulu kemain sangat nak keluar dari rumah ni''

"Tu dulu..Sekarang lain" Asyhraf membuka majalah yang terpampang diatas meja ruang tamu,melayan diri sambil dibebel ibunya.

"Oh mentang-mentang Rayyan takde dekat sini,barulah kamu nak melawat Umi?Selama ni ada tak kamu jenguk Umi?"

"Bukan macam tu Umi,Raf-"

"Apa?Raf apa?"

"Raf busy-"

"Alasan tu lagi!Tak boleh ke korang dua orang aman balik macam dulu,cukup-cukuplah ingat pasal masa lalu.Korang dua orang tu adik beradik kan-"

"Umi please.Raf taknak dengar pasal ni.Kalau nak sangat Raf pergi dari rumah ni,Raf pergi." Asyhraf yang berasa rimas mulai melangkah pergi namun dicegah oleh ibunya

"Raf.Janganlah macam ni.Umi bukannya apa,Umi risau korang dua tu dahlah adik beradik,keluar Dari perut Umi juga.Hati Umi sedih dengan hubungan kamu berdua.Janji dengan Umi.Nanti bila Rayyan balik sini dari London,Umi nak kamu berjumpa dengan dia walaupun sekejap je."

''Raf tak janji"

"Please...tolonglah nak."

"Fine.Just for awhile."

"Sayang anak umi-" Baru sahaja Puan Sri ingin memeluk tubuh anaknya Asyhraf,, Asyhraf terus mengelak tanpa riak wajah,membuatkan ibunya merasa kesal akan tindakan tersebut.

"Sorry Umi,Raf penat.Raf naik dulu." Dengan perlahan meninggalkan ibunya,lalu menaiki tangga.

Asyhraf menutup pintu biliknya dengan kasar.Di samping itu,dia menarik nafas kuat sambil membuka jam tangan yang pernah diberikan oleh arwah ayah angkatnya,iaitu Dato Hisham yang merupakan pemilik kepada Hotel Grand'El Q.

Hotel Grand'El Q itu juga akan menjadi hak milik kepunyaan Asyhraf kelak nanti.Walaupun Asyhraf lansung tidak menginginkan wasiat itu.

Namanya telah tercatit sebagai pemilik baru harta pusaka Dato Hisham.Namun dalam pada masa yang sama,Asyhraf sedaya upaya menolak pemberian harta arwah kerana dia tahu bahawa dia tidak layak untuk memegang saham sebesar itu.

Dia tidak mempunyai apa-apa hubungan darah dengan Dato Hisham.Dia hanyalah seorang anak angkat.

Jam tangan berharga itu diletakkan ke dalam laci almari ditepi katil. Tanpa membersihkan diri,dia terus berbaring di atas tilam berlapik cadar putih.

Dia mengeluh geram kerana tidak henti-henti terimbaukan kisah lalu yang pernah menjadi mimpi ngerinya sehinggalah sekarang.

Disebabkan terlalu stres memikirkan kepulangan adik kembarnya,,dia akhirnya terlelap.








You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hanya Untuk SementaraWhere stories live. Discover now