Chapter 9

97 39 54
                                    

"Shuhada minta maaf,abah.."

Lansung tiada balasan dari abah yang terlantar di katil hospital,hanya monitor sahaja yang berbunyi kecil menandakan abah masih bernafas.

"Bangunlah abah.Shuhada tahu abah sayangkan Shu..isk isk"

Terdengar pintu wad dibuka dengan kasar,tudung Shuhada terus ditarik kebelakang sebelum Shuhada sempat berpaling ke arah belakang.

"Sakit mak, sakitt"

"Oh kau tahu sakit? Kau belum tahu lagi sakit dalam hati aku ni macam mana!"

"Mak,,dengar dulu penjelasan Shu.. "

"Buat apa aku nak dengar kau hah?! "

"Shu boleh jelaskan semuanya-"

"Aku memang tahu dari dulu lagi yang kau ni dasar pembawa malang macam mak kau! " jujur Puan Shida yang tidak teragak-agak lansung membocorkan rahsia itu,tapi dilihatnya seperti tiada riak terkejut di muka Shuhada.Dia hanya diam, tidak bersuara.

"Kau kenapa diam,dah pekak ke ha?!"

"Shu cuma-"

"Cuma apa?!Bawa malang dalam keluarga ni? Kau tu perosak rumahtangga macam mak kau!"

"Apa mak cakap ni,ibu kandung Shu bukannya-"

"Eh betullah apa aku cakapkan,mak kau tu memang tak guna,kau faham!Dasar pelac-"

Shuhada melihat tajam anak mata Puan Shida,lalu berkata;

"Dah puas hina mak kandung saya?" Terus berubah suara Shuhada.

Tertelan liur Puan Shida,terkejut dengan perubahan gaya Shuhada.

Disangka Shuhada tidak akan melawan dirinya tapi lain yang terjadi.

Puan Shida tidak ingin mengalah kerana risau air mukanya jatuh begitu sahaja.

"Oh kau dah berani sekarang eh?! Mentang-mentang suami aku koma, kau keluarkan tembelang kau?!"

"Dah habis cakap? " balas Shuhada yang kelihatan tenang menjawab.

"Kau berlagak alim depan suami aku,kau fikir aku taktau perangai sebenar kau? Kau sama je dengan mak kau.Minta tolong nak jagakan kau konon,padahal bagi bala kat keluarga kami! Kesian Zu, anak kandung kami."

"Saya ingatkan Zu ni, anak tiri kepada abah saya.Saya silap rupanya." Tersenyum sinis Shuhada melihat reaksi Puan Shida,kelihatan masih terkejut dengan sindirannya tadi hingga tidak tahu berkata apa.

"Mana kau tau?!Kau tu tau buat cerite je! "

"Maklumlah, saya kan licik macam mak saya. " Dibesarkan anak  mata melihat Puan Shida yang seakan-akan bergegar melihat perubahan dirinya.

Mungkin akibat tekanan rasa sakit yang amat telah menukul hatinya untuk menjadi lebih kuat.

Setelah sekian lama menahan pedih di hati,akhirnya pertahanan selama ini punah.Hilang sabarnya.

"K-kau-" Tidak terkata-kata Puan Shida setelah melihat keberanian Shuhada.

"Kalau dah habis cakap, saya pergi dulu"

Puan Shida terduduk,kecewa kerana kalah dengan debat Shuhada.

Oleh itu,dia semakin bencikan Shuhada,dan Shuhada jugaklah punca suaminya berada dalam koma.Dimana harus dia mencari wang untuk tanggungannya lagi?

Votes,comment and share💕

Hanya Untuk SementaraWhere stories live. Discover now