Chapter 5

97 45 21
                                    

Aku disuruh duduk bersebelahan Zulaikha yang senyum melihatku lalu menyapaku dengan ucapan,,

"Selamat pagi Shu, meh makan sesama!Ni kan makanan favorite kau" Pertama kali memberikan aku senyumannya setelah bertahun lamanya kami tidak bersama seperti kawan.

Dipendekkan cerita,kami pernah rapat seperti adik-beradik dahulu.Saling memahami dan melindungi satu sama lain.Dia berharap pada aku, dan aku pun berharap padanya.

Aku rindukan kenangan bersama Zulaikha semasa kami masih lagi kanak-kanak yang sentiasa bersama. Entah kenapa hubungan kami berantakan sejak 15 tahun lalu.

"Shuhada! Meh ar sini, takkan takot kot hahhahaha"

"Janganlah kacau saya, saya tak ganggu awak pun, tau tak?! "

"Eleh..dengan katak pun nak takut, nah peganglah!Sebelum aku masukkan dalam baju kau hahahah"

"Ish!Janganlah!"

Aku meronta-ronta menepis tangannya yang setiap kali ingin memasukkan katak di dalam bajuku.Bukannya aku takutkan katak kodok tu, tapi aku lebih risau dengan reaksi mak jika ternampak kotoran dibajuku.

"Woii! Kau apahal hah?! Apsal kau nak kacau kakak aku?! Nak penumbuk ke apa?! " Zulaikha datang pertahankan aku.

"Ish kau lagi! Menyampah aku dengan kau ni! Asyik nak muncul je kerja kau, rimas aku! "

"Suka hati akulah! Yang kau buli tu akak akulah,mangkuk!"

"Eh takda pointlah nak cakap dengan kau ni! Menjengkelkanlah betina ni"

"Apa kau kata?! Kalau aku ni betina, kau tu apa?! Dasar jantan tak guna!"

"Eh kasarnya mulut kau minah, nak kene cium ke? Abang okey je hahahahah"

"Abang kepala hotak kau!Tak rela aku panggil kau abang,sanggup lagi aku terjun laut daripada gelar kau abang! "

"Mulut bau longkang siak pompuan ni,terjunlah kau ke laut. Lagi aku suke hahahhaha"

"Hoii! Nak makan kasut aku ke apa?! Aku hempuk kang-"

"Zulaikha,jom balik! Takyahlah bertekak dengan mamat pekak badak ni,buang masa je"

"Ish, adik tak puas hati lagi ni! "

"Nanti mak marah"

"Habis tu nak biarkan aje?! "

"Buatnye abah tahu macam mana? "

"Ish yelaa! "

Zulaika mengalah, lebih takut dengan amarah abah dan lebih patuh jika ianya berkaitan dengan abah.

"Hahahah takut abah ke dik?"

"Kau diam! Sebelum aku tumbuk muka kau macam dulu,lebih baik kau diam! Dahlah gigi berterabur! "

"Dahlah tu Zu! Jom ar! "

Aku tarik lengannya lalu pulang ke rumah secepat yang mungkin,takut mak pukul lebih teruk dari sebelum ini. Habislah aku-

"Shuhada?Kenapa belum makan lagi nak? Tak sedap ke mak masak? "

Aku tersedar dari lamunanku, dan membalas soalan ibuku secepatnya.

"Eh taklah mak, Shu cuma masih mamai sikit"

"Aduhai kamu ni,makanlah cepat. Nanti sejuk lauk tu."

"Baik mak"

Votes,comment and sharee!

Hanya Untuk SementaraWo Geschichten leben. Entdecke jetzt