Chapter 10

105 39 53
                                    

"Kau keluar! Kau keluar dari rumah ni! Aku taknak tengok muka kau! "Jerit Puan Shida, sambil membuang bag-bag yang berisi pakaian serta barangan Shuhada.

"Siapa makcik nak halau saya? Abah saya masih perlukan saya dan makcik takde hak nak halau saya dari rumah ni" lawanku,cuba untuk mempertahankan diri walaupun dicaci dan dimaki oleh orang yang pernah kugelarkan seorang ibu.

Walaupun hati bagaikan ditusuk sembilu,aku tetap bertahan dengan caciannya.Mungkin aku sudah serik dihina seperti itu.

"Kau sedar tak kau tu sape hah?!" Tempelaknya.

"Saya membesar di sini dari saya kecil hingga saya besar.Ini tempat saya." Balasku.

Aku menyatakan setiap fakta bahawa aku sememangnya berhak tinggal disini.Betullah apa yang dikatakan aku,kan?

Dari dahulu dia memang sudah berada di sini bersama abah sebelum mereka menjadi sebahagian dari keluarga ini.

Prakk!!

Membulat terus mataku,terkejut melihat bingkai kaca yang mempunyai gambarku bersama abah dipijak pijak oleh Zulaikha sehingga hancur berkecai.

"Apa yang kau buat ni Zulaikha?! Tepi! " Aku menolak bahu Zulaikha, sehingga dia terjelopok dipermukaan tanah.

Cepat-cepat aku mengutip gambar yang satu-satunya aku masih ada.Gambar kenangan lain yang aku ada selama ini telah lama dibakar oleh Zulaikha dan ketika itulah bermulanya pergaduhan kami yang pertama.

"Apa yang kau buat ni Zulaikha?! "

"Tak nampak ke aku tengah bakar gambar kau ni?!"

"Bak sini,,bagi sini balik dik! "

"Sape adik kau hah?!Aku bukan adik kau! Kau perampas!Aku benci kau Shuhada! "

Habis semua terbakar sebelum aku sempat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu keping gambarku bersama abah.Aku menjeling melihat Zulaikha yang tersenyum sinis melihat kemarahanku.

"Apa yang kau tak puas hati ni Zu?!Benda boleh bincangkan, kenapa buat akak macam ni hah?! "

"Stop calling yourself as akak to me, excuse me, it's disgusting "

"Apapun silap akak, akak minta maaf. Akak taknak kita gaduh" Aku mengalah dengannya, tidak mahu bergaduh hanya kerana hal ini.

"Ee kau faham bahasa ke tak hah?! Aku gelilah dengar perkataan akak-akak sangat kau tu!Apakah ke bengap sangat ni?!"

"Apa salah Shu? Gitau lah Zu,
manatau Shu boleh explain kat Zu?" Tanyaku lembut padanya,aku perlu perbaiki hubungan ini.Aku tidak mahu kehilangan Zulaikha,satu-satunya saudara rapatku disisi.

"Kau tau apa salah kau? Kau rampas Haziq dari aku!"

"Kau tau aku sukakan dia tapi kau masih ambil perhatian dia! "

"Zu-"

"Kau diam! Aku belum habis cakap! "

"Tapi-"

"Kau fikir aku taktau yang kau berjumpa dengan dia di perpustakaan sekolah?!

"Apa kau cakap ni, Zu-"

"Aku belum buta lagilah, best ke dating dengan orang yang aku suka?!

"Semua ni salah faham je Zu,dengar dulu apa yang Shu nak cakap.."

Zulaikha diam tidak membalas, hanya berpeluk tubuh sambil melihat kukunya.

"Haziq yang tiba-tiba duduk sebelah Shu,katanya nak minta tolong Shu ajarkan sejarah untuk peperiksaan minggu depan.Shu pun kata taknak, tapi dia merayu nak belajar ilmu sejarah.Katanya dia lemah dalam bab tu.Kalau fail lagi subjek tu, katanya dia kene pindah sekolah" Jujurku,berharap Zulaikha percayakanku.

"Kenapa kau? Kenapa tak minta ajar dengan orang lain je?!" Rungut Zulaikha.

"Mungkin sebab Shu kan classmates dia yang-"

"Yang apa? Yang apa? Yang terpintar dalam kelas tu?! Yang amatlah baik hati, pintar dalam semua subjek and of course selalu dipuji orang sekeliling terutamanye abah. Kan?!"

Terteguk liurku melihat Zulaikha yang kelihatan berdendam dengan ku.

"Kenapa asyik kau je dibandingkan dengan aku?Kenapa orang yang aku sayang, semuanya cakap pasal kau? Aku ni batu ke? Kau permata, macam tu? "

"Bila masa-"

"Dahlah! Aku taknak dengar lagi apa-apa.Mulai hari ini.Kau hanyalah musuh bagi aku" Zulaikha pergi meninggalkan aku.

Aku terlalu kecewa dengan setiap tutur katanya sehingga keluar air mataku,mengharap esok kembali kepada sediakala.

Tapiku salah.Hubungan kami hanya bertambah teruk..

Aku bersyukur kerana abahku masih menyimpan sekeping gambar lama kami berdua dan diberikan padaku ketikaku berumur 17 tahun.

Pls vote, comment and share💕

Hanya Untuk SementaraWhere stories live. Discover now