Chapter 16

101 33 30
                                    


"Apasal kau lari dari rumah? "

Seketika membisu,Shuhada pun menarik nafas mengumpulkan kekuatan untuk menceritakan hal yang sebenar-benarnya kepada Asyhraf.

"S-saya..sesebenarnya-" Hidung Shuhada mulai berair,hatinya pulak sebak mengingati semula setiap detik kejadian buruk itu kembali.

Shuhada sedaya upaya menahan air mata yang menunggu untuk dilepaskan bagaikan air terjun.

Meskipun masih ada adunan perasaan was-was dengan budi baik lelaki ini,dia harus melayannya dengan sopan.Dia perlulah bersyukur kerana ada tempat untuknya berteduh.

Tak sepatutnya dia membuta tuli menuduh lelaki itu akan menjualnya untuk mendapatkan untung sepertimana Puan Shida cuba memerangkapnya sebelum ini.

Shuhada risau jika terperangkap sekali lagi dengan tipu helah syaitan bermuka dua didunia ini.

Tapi baginya tidak bagus berburuk sangka terhadap kebaikan lelaki itu.

Banyak persoalan dan tentangan di dalam hatinya.

'Patut ke aku beritahu dia?'

'Aku boleh percayakan dia kan? '

Begitulah persoalan yang bermain diminda Shuhada.

"Kalau kau tak nak ceritakan pun, takpe.Aku tak paksa kau.Lagipun-

"Saya actually bukan nak lari dari rumah pun."Menghembus nafas yang tertahan,kepalanya tertunduk ke bawah peha lalu direnung kedua belah tangan yang semakin lama, semakin berketar,terasa sejuk dihujung kelima-lima jarinya.

Asyhraf mendengar teliti luahan Shuhada.Dia meletakkan garfunya.

"Saya cuma nak mengelak dari makcik yang selama ni saya betul-betul anggap sebagai emak kandung.Waktu tu-"

Shuhada mulai teresak-esak,mengingati semula tragedi buruk yang membuatkan dirinya trauma seumur hidup.

"Kau- "Dia berdehem,sepertinya janggal melihatku menangis sebegini.Aish kenapa aku nangis depan dia ni~

"K-kau okey ke?" Tanyanya.

"Saya minta maaf, saya tak patut macam ni depan awak.Maaf sebab tak dapat kawal emosi saya." Aku mengelap air mata yang tertumpah.

"Kalau perkara ni berat sangat untuk dikongsikan,kau takyahlah cerita.Nanti banjir rumah aku."

Shuhada dengan sekelip mata mempamerkan riak tidak puas hati.Hilang terus rasa gugupnya.

'Aku punyalah feeling nak meluah dengan dia ni,dia boleh pulak main sindir-sindir?Ish geram(╥_╥)',, Shuhada merungut kegeraman,membebel telinga Asyhraf.

Asyhraf?

Dia buat derk je? Yang penting, dia taknak tengok Shuhada menangis.

Sebab..

Dia kan tak pandai pujuk perempuan.

Heh~

                                  ***

Asyhraf terbangun,perlahan-lahan meregangkan tengkuknya,kemudian dia mendepakan kedua tangan dan diregangkan kebelakang.

Mengusap belakang leher,membuka mata dengan separa sedar sambil menguap.

Menyedari mereka berdua telah tertidur menghadap antara satu sama lain di atas meja makan.

'Asal lak boleh tertidur kat sini, patutlah badan aku sakit semacam'. Bisiknya,menggaru bahu belah kanannya.

Dia melihat ke arah jam dinding.

"Haih tak nampak pulak." rungutnya.

Asyhraf mengambil phone kepunyaannya,lalu dinyalakan screen phone tersebut.

'Baru pukul 2:35 am lah.Awal lagi.' keluh Asyhraf.

Menguap kali keduanya.

'Lebih baik aku tidur kat bilik,kesian pulak katil aku kesunyian'

Saat menaiki satu persatu tangga,dia pun tersedar sesuatu.

'Macam ada yang tertinggal?' Fikirnya.

Asyhraf turun kembali ke bawah,ternampak Shuhada yang kelihatan masih nyenyak tidur.Siap berdengkur pulak tu.Nasib liuq tak terkeluaq..

'Haih nak bangunkan ke tak? Tapi tengok muka macam ngantuk betul ni.'

"Arh biarkan jelah, bukan hal aku pun" Bilang Asyhraf, kembali menaiki tangga ke atas.

Pls vote @ comment ❤❤

Hanya Untuk SementaraWo Geschichten leben. Entdecke jetzt