Chapter 12

84 36 44
                                    


"Apa ni?!Kau tipu aku ke Shida?!"

"A-aku.. Dia ada kat sini tadi.. "

"DAH TU APA NI?! "

Lelaki itu membaling satu persatu-persatu bantal tidur yang menyerupai Shuhada tadi.Keluar urat tegangnya,bengang melihat pemuas nafsunya hilang begitu saja.

"Sumpah!Dia ada kat sini tadi,aku dah chek dia sebelum kau masuk pintu tadi-"

"Eh kau jangan banyak cakaplah pompuan! Bak sini duit aku balik! "
Terlalu kecewa,harapan yang sia-sia.

Tidaklah dia mendapat santapannya malam ini.Lelaki tua itupun keluar dari rumah Puan Shida dengan perasaan geram yang membuak-buak.
Menyesal percayakan kata-kata janji palsu itu.

Manakala Puan Shida meletup dengan kemarahan yang meluap luap terhadap Shuhada si pembawa malang dalam hidup nya.

Tidak disangkanya Shuhada akan melarikan diri menggunakan tingkap bilik tanpa mengeluarkan sedikit pun suara bising kecil.

"Habis hilang untung aku!"

Tiba-tiba dia tersenyum,berfikir yang Shuhada kan dah pergi jauh dari sini,buat apa nak sakit hati.Dia yakin bahawa Shuhada takkan berani kembali kesini lagi.

"Tak kesahlah aku,biar kau mampos kat luar sana.Lagi aku suke."

                              ***

"Aku baru je keluar rumah ni. Kau sabar sikit,tak boleh ke?"

"Tak lama lagi aku nak sampailah ni, lek ar-"

Gedebush!!

"Woah apa ni?! "Berkerut habis keningnya,terkejut melihat seorang perempuan yang berbaju kelabu kelihatan tidak terurus dengan tudungnya yang selekeh.Hampir saja dilanggar dengan keretanya.

Cepat-cepat dia keluar dari keretanya untuk mengetahui apa yang terjadi.

Cemas.

Seumur hidupnya,dia tidak pernah mengalami kejadian sebegini.

Dia membongkokkan badan untuk memastikan wanita itu tercedera atau tidak.Tiba-tiba lengan bajunya dipegang erat oleh wanita itu.

"Oh mak kau!Haish terkejut aku, hidup lagi rupanye.Huu..Kus semangat."

"T-tolong saya,,tolong bawa saya keluar dari sini, say-saya.."

"Aduh pengsan pulak. Saya- apa?" Menggaru kepalanya,bingung apa yang harus dilakukannya sekarang.

"Boleh percaya ke minah ni? Nanti aku bawa masuk, dia rompak aku pulak. Zaman ni mana boleh percaya sangat.Manatau pondan? "

Astagfirullahallazim... Ngucap nak..

"Aish tak baik fitnah woi, pahal kau ni"

Kejap.

Asal aku cakap sorang ni eh.

Lantaklah.

Terbit rasa kesian pulak dihatinya.
Hrm. Apa nak jadi pun, jadilah.

Hanya Untuk SementaraWhere stories live. Discover now