Ikhlas

297 10 0
                                    

Aku sedar dan mengerti,
Tentang cinta sejati terkadang bukan dengan memiliki.

Aku sedar dan mengerti,
Momen kebersamaan yang dihajati tidak mungkin akan terjadi.

Aku sedar dan mengerti,
Cinta dan mendamba juga suci walaupun hanya tersimpan di dalam hati.

Tetapi diri ini,
Tetap mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

Mungkin kerana ikhlas ibarat satu ruangan hakiki,
Dan aku di sini hanya berdiri,
Kerna masih lagi belum mampu menjejaki.
~Budi
1 Januari 2021

Puisi by BudiWhere stories live. Discover now