Semakin dekat Hannah melangkah, semakin menjadi-jadi debaran di dada. Berdiri sahaja di hadapan muka pintu, pintunya sudah terkuak sedikit. Hannah menarik nafas sedalam mungkin.

"Ya Allah berikan aku kekuatan," doanya di dalam hati.

Hampir sahaja Hannah menolak daun pintu, perbuatannya terhenti apabila dia menangkap sayup-sayup suara orang tengah berbual dengan nada yang serius. Hannah mendekatkan telinga ke daun pintu kerana ingin mencuri dengar perbualan.

"Tengku," panggil seseorang.

"Teruskan," balas Tengku Akbar.

"Saya dah ambil keputusan untuk berhenti sebagai bodyguard Tengku Hannah." Terlopong mulut Hannah buat seketika. Sejak bila dia ada bodyguard? Namun apa yang mengejutkannya lagi adalah suara lelaki itu mirip seseorang yang sangat dia kenali.

"Kenapa tiba-tiba Rayyan?" soal Tengku Akbar.

Rayyan? Syed Rayyan Danial? Dia bodyguard upahan daddy? Hannah menekup mulutnya kerana dia betul-betul terkejut. Menggeletar seuruh tubuhnya saat dia mendapat tahu perkara tersebut.

"Berbulan-bulan saya berkhidmat dengan Tengku, sekarang tiba masanya untuk saya fokus sepenuhnya untuk menjadi peneraju Ammara Holding," terang Syed Rayyan.

"Saya faham." Tengku Akbar tahu latar belakang keluarga Syed Rayyan. Rayyan merupakan pewaris syarikat gergasi Ammara Holding milik Syed Ghazali.

Jeda seketika.

"Saya nak ucapkan terima kasih kerana kamu telah tolong saya untuk menjaga Hannah dan Fateh. Selalu juga kamu update kepada saya mengenai mereka. Sekurang-kurangnya lega hati saya apabila dapat tahu mereka sentiasa baik-baik sahaja. Saya rasa kamu tahu apa yang pernah terjadi antara saya dan Hannah bukan?" soal Tengku Akbar.

"Ya, saya dah tahu semuanya." Hannah telah menceritakan segala-galanya kepadanya.

"Cuma saya nak minta suatu perkara daripada Tengku." Rayyam diam menanti balasan Tengku Akbar.

"Teruskan Rayyan," arah Tengku Akbar.

"Saya nak minta tolong Tengku merahsiakan perkara ini daripada Tengku Hannah," pinta Rayyan. Dia risau andai Hannah salah faham dengan niatnya selama ini mendekati Hannah. Dia tidak mahu melukakan hati Hannah yang sedia terluka.

Hannah di luar menggigit bibir bawahnya. Rahsia awak sudah terbongkar, Rayyan. Tak ada gunanya lagi untuk sorok apa-apa daripada saya.

"Baiklah, saya akan tunaikan permintaan kamu. Apa-apa pun tahniah kerana kamu sangat komited dengan tugas kamu. Prestasi kerja kamu juga sangat memberangsangkan. Jadi saya ingin berikan habuan kepada kamu." Cek dikeluarkan dari laci meja kerjanya.

"Tak perlu, Tengku. Saya sebenarnya datang sini sebab ada hajat," tolak Rayyan. Dia tidak perlukan wang kerana simpanan yang dia ada juga sudah banyak.

Bang! Pintu ditolak kasar sehingga membuatkan Tengku Akbar dan Rayyan berpaling untuk melihat gerangan yang melakukannya. Sesaat mata mereka membulat.

"Apa semua ni? Bodyguard? Rahsia?" Hannah tersenyum sinis di muka pintu. Digenggam penumbuk seerat yang mungkin.

"Hannah."

"Adik."

"La kenapa? Terkejut? Lakonan yang hebat. Tahniah untuk Tengku Akbar dan Syed Rayyan Danial sebab berjaya memperbodohkan saya," ditepuk tangan berulang-ulang kali sambil mengatur langkah ke arah kedua-dua lelaki yang dicintainya. Cinta? Silap, yang kini dibencinya.

"Hannah, dengar dulu apa yang saya nak bagitahu ini." Rayyan bangkit daripada duduk lantas mendekati Hannah.

"Cukup, Niall. Ops, Syed Rayyan Danial." Tapak tangan diangkat supaya Rayyan berhenti melangkah.

"Aku tak nak dengar apa-apa daripada kau." Riak muka Hannah terpamer kekecewaan. Panggilannya juga sudah bertukar.

"Aku ingatkan selama ini kau ikhlas dengan aku. Rupa-rupanya semua ini sudah dirancang oleh kau orang berdua," telunjuk Hannah mengarah ke Rayyan kemudian ke Tengku Akbar.

"Hannah, please respect your father," tegur Rayyan.

"Shut up." Hannah memberi amaran.

"Kenapalah daddy buat semua ini? Sebab daddy nak tebus balik kesalahan daddy ke? Sebab daddy nak hilangkan rasa serba salah daddy dekat adik ke? Sebab daddy dah nak mati, jadi daddy takut roh daddy tak tenang ke kalau adik tak maafkan daddy? Daddy ingat daddy buat semua ini hati adik akan sejuk ke?" Hannah mula membuat spekulasi sendiri.

"Hannah, don't be so rude." Rayyan memberi peringatan. Selama dia mengenali Hannah, tidak pernah Hannah bermulut lancang seperti ini. Selama ini pertururannya sangat dijaga agar tidak menyinggung hati orang lain.

"Rayyan." Tengku Akbar melirikkan mata tanda menyuruh Rayyan tidak masuk campur urusan mereka dua beranak.

"Daddy buat semua ini sebab daddy sayangkan adik," Tengku Akbar mendekati Hannah lantas dia memeluk puteri kesayangannya itu. Dia tahu dia bakal dimarahi dan Hannah pasti akan membencinya tetapi dia sangat rindukan anaknya itu. Retak seribu hatinya apabila melihat reaksi Hannah yang kecewa dengannya. Hannah salah faham dengan niatnya, jadi dia ingin betulkan semula keadaan.

"Lepaskan adik." Hannah meronta-ronta minta dilepaskan. Air mata mengalir dengan lebat di pipi Hannah.

Tengku Akbar mengalah.

"Kalau daddy sayangkan adik, daddy tak akan halau adik empat tahun lepas." Mata Hannah yang berkaca memandang daddynya.

"Daddy minta maaf," ujar Tengku Akbar kesal. Sudah berbuih-buih mulutnya meminta maaf kepada Hannah tetapi hati anaknya itu sudah keras seperti batu sama seperti dirinya sewaktu dia bertindak membuang anaknya sendiri dahulu.

"Tak apa, daddy. Adik tak salahkan daddy tapi adik nak cakap yang adik dah cukup bahagia dengan kehidupan adik sekarang. Jadi adik nak daddy teruskan kehidupan daddy macam biasa." Senyuman pahit diberikan kepada Tengku Akbar.

"Adik," panggil Tengku Akbar.

Hannah mengangkat telapak tangannya tanda dia tidak mahu mendengar apa-apa daripada Tengku Akbar.

"Dan kau Syed Rayyan Danial." Hannah berpaling menghadap Tengku Rayyan. Memandangnya buat kali terakhir tetapi bukan lagi dengan pandangan yang penuh cinta.

"Yes my lady," sahut Rayyan lembut.

"Go die with your my lady." Suara Hannah naik seoktaf dan Rayyan terpempan.

"Mulai saat ini, kita dah tak ada apa-apa hubungan. Aku tak kenal siapa kau. Jangan cari aku lagi dah selepas ini. Aku tak nak bertunang atau berkahwin dengan lelaki penipu macam kau," luah Hannah.

"Hannah." Rayyan mendekati Hannah tetapi dia semakin menjauh.

"Kita putus." Dua perkataan tersebut berjaya membuatkan hati Rayyan retak seribu dan dadanya menjadi sakit. Allahuakbar! Ingin sahaja dia memeluk Hannah dan mengusap air matanya jika itu yang dapat membuatkan hati Hannah sejuk. Dia tidak menyalahkan Hannah kerana salah faham. Dia cuma mahu menerangkan situasi yang sebenar.

"Untuk daddy dan Rayyan, terima kasih untuk segala-galanya. Hannah minta maaf untuk segala kesilapan Hannah. Hannah minta diri dulu, assalamualaikum." Tanpa menunggu balasan daripada kedua-dua lelaki di hadapannya, Hannah segera berpaling dan berlalu pergi.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now