Aduhai . . indahnya hidup aku . Tak sangka Danish yang selama ni dia anggap sebagai schoolmate je sekarang dah jadi seorang manusia yang paling penting dalam hidup .

     Cantik betul aturan Tuhan . Dulu dia hanya mampu berangan je bila tengok Danish . Pelajar paling agak popular lah dikatakan dekat sekolah dengan sikap suka play perempuan dia tu .

      Sekarang jadi seseorang yang sangat dekat dengan dia . Kelebihan dan keburukan aku semua lelaki tu tahu . Dalam luar , semua lelaki tu dah tahu .

      " Hei , senyum apa sorang sorang ? Demam gila ek ? " Tegur Danish .

     Bahu Seyraa terhinjut sedikit akibat suara Danish yang datang tiba tiba . Danish memerah kain kecil kemudian melipatnya dan mengelap dahi , muka dan leher Seyraa .

      " Sofea mana ? " Tanya Seyraa .

      " Ada , tengah melukis " Balas Danish .

     Seyraa mengangguk . Kepalanya di sandar pada kepala katil .

     " Sayang taknak baring ke ? Tidur lah , abang nak masak ni . Nanti abang datang kejut " Tanya Danish lembut .

     Seyraa menggeleng laju .

     " Sayang nak tolong masak "

    " Tak boleh . Duduk je diam diam dalam bilik . Sayang tu dah lah sarat mengandung lepastu demam panas pulak . Nasib tak teruk . Nak bagi makan ubat yang teruk . " Bebel Danish .

     Seyraa menggeleng kepala .

      " Membebel pulak . Yang penting makan jugak kan ? Sayang nak masak . Abang nak makan apa ? Sayang masak . Asyik masak makanan kegemaran sayang je . Makanan kegemaran abang pulak ? Sofea ? Seyraa ni seorang ibu tau . " Kata Seyraa panjang lebar .

     Danish mengangguk faham dengan riak muka yang annoying mendengar Seyraa pulak yang berleter .

     " Iya ibu . Tahu tu , tapi tengok lah keadaan sama . Sayang kan tak larat . Mengandung kan abang tak nak lah sayang terkaku penat . Nanti stress ! Bokeh menjejaskan kandungan tau " Kata Danish pula dengan panjang lebar .

     Masing masing dah macam karang surat .

    " Ouh , kisah pasal baby je ek . Pasal sayang ni ? Takde sapa kisah ! " Kata Seyraa kemudian baring dan menyelimuti diri sehingga menutup kepala .

     Danish menggaru kepala yang tak gatal . Merajuk pulak . Dah kali ke berapa dah merajuk ni . Guna ayat yang sama jugak . Waktu mengandungkan Sofea tak pernah merajuk pun .

      " Sayang . . Bukan macam tu maksud abang . Sayang faham kan ? " Pujuk Danish.

     Dia memegang lembut bahu Seyraa . Dia cuba menarik selimut tetapi Seyraa memegangnya dengan kuat .

     Sunyi .

     " Sayang . Jangan lah macam ni . Dah banyak kali dah tau sayang merajuk . Sayang tahu kan abang tak reti pujuk " Kata Danish .

      " Ayah , ibu ? " Sofea masuk ke dalam bilik sambil membawa satu kertas lukisan .

     " Sofea " panggil Danish . Dia mengangkat Sofea duduk di atas katil .

     " Kenapa dengan ibu ? " Tanya Sofea .

     " Merajuk ! " Bisik Danish di telinga Sofea . Ouhh , Sofea mengangguk faham . Kemudian dia ketawa kecil .

     " Ibu ! Tengok Sofea lukis ni . " Kata Sofea sambil menggoyangkan badan Seyraa .

     " Hmm . ." Seyraa menoleh memandang Sofea .

     " Ni ! " Sofea menunjuk satu lukisan . Di dalam tu lukisan tu ada empat orang . Danish , Seyraa , Sofea dan bakal adik Sofea . Di dalam lukisan tu Sofea melukis bakal adiknya berhantu perempuan .

      Seyraa ketawa kecil .

     " Baby girl kali ni . Sayang punya " kata Seyraa sambil memandang tajam ke arah Danish .

     " Sayang punya ke , abang punya ke . Anak tu kita berdua punya jugak " bakas Danish . Seyraa mencebik . Pandai je bagi alasan .

                ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

      SEYRAA dimasukkan ke dalam hospital akibat demamnya semakin teruk . Lagi beberapa minggu saja hampir tarikh kelahiran anaknya yang kedua . Hati Seyraa resah .

     Kalau dia melahirkan anak waktu dia tengah sakit demam , tenaga mesti takde . Dia takut apa apa yang terjadi . Danish sentiasa menemani Seyraa 24 jam . Bukan bokeh harap , tengah tengah malam pun Seyraa boleh terjaga dan menangis .

      Sofea dihantar ke rumah ibu bapa Seyraa untuk dijaga sementara .

     " Ye , haah . Malam ni . Entah doktor tiba tiba kata malam ni " Kata Danish kepada Encik Zaffar melalui telefon .

      " Okay . Kalau semua selesai . Boleh call ayah atau mama " Balas Encik Zaffar .

      Dia cukup risau lagi lagi dengan keadaan Seyraa yang tengah sakit . Puan Deyla dari tadi resah . Encik Zaffar menenangkan hati isterinya .

      Danish memandang Seyraa yang sudah tidur . Dia menuju ke arah Seyraa dan mengusap lembut anak anak rambut perempuan itu yang sudah berpeluh . Dalam diam hati dia rasa gelisah .

      Tiba tiba Seyraa seperti sedang meracau racau . Danish menyelak rambut yang menutup wajah Seyraa .

      " Ahh !! " Seyraa tiba tiba tersedar dan me jerit kecil .

     " Sakit ! Hmm ! Abang sakit ! Sakit sangat ! " Seyraa merengek kuat . Danish tiada pilihan lain selain berkari mencari doktor .

     Seyraa menunggu dengan sabar di dalam wad sambil memandang darah yang mengalir daripada pahanya . Sakitnya . Kenapa sakit sangat daripada kali pertama ?

                ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

      SUASANA riuh rendah dengan suara Yusuf dan Dahmi bergaduh , Encik Zaffar dan Puan Deyla teruja melihat cucu mereka kedua dan suara Puan Hajah memarahi Yusuf dan Dahmi yang sedang bergaduh .

      Kini Seyraa sedang baring lemah di atas katil . Dia kehilangan banyak darah tapi tak menjejaskan apa apa sangat . Dia hanya tersenyum sambil mata yang layu mendengar suara riuh rendah .

       Yusuf dan Dahmi semakin rapat sekarang . Sejak dapat markah seri dalam pertandingan bola tampar antara universiti dan sekolah menengah . Mama dah stop buat kerja penghantaran makanan atas nasihat Danish .

      Jadi selepas ini , Danish akan bagi duit kepada ibu dan ayah mama .

      " Hah ? Comelnya adik Sofea ! " Sofea menginjatkan kakinya ingin melihat adiknya di dalam bekas tersebut .

     Danish mendukung anaknya kerana tidak sampai nak melihat . Dia tersenyum melihat Seyraa .

     " Sayang okay ? " Tanya Danish .

     " Sakit . . " Balas Seyraa dengan suara yang serak . Danish ketawa . Dia melrtakkan Sofea di atas katil sebelah Seyraa yang masih ada ruang kemudian mengusap rambut Seyraa dengan lembut .

     " Dah ada dua anak dah . Takkan nak manja lagi ni " kata Danish .

     " Takpe , manja dengan abang je . " Balas Seyraa . Danish ketawa . Dia mencubit hidung Seyraa yang tersenyum nakal .

     " You're my best wife , abang janji . Kita akan bersama sampai akhir hayat "

     " Sayang tak pernah jumpai lelaki baik macam abang selain ayah . You're my best husband ! "

     ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

- TAMAT -

tenkiu yang sudi baca sampai sekarang .
• jangan lupa tekan vote au
maaf tak berapa sweet 😂

     
    

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎حيث تعيش القصص. اكتشف الآن