" ENCIK , tahniah ! Encik dah bayar cash sepenuhnya . " Kata pemilik kedai tersebut . Danish amterua bangun bila ada seruan memanggil dia menyerahkan kunci kereta .
Berdebar jugak rasa bila dapat beli kereta ni . Tak ansuran , bayar habis terus . Kau memang padu Danish . Kunci tersebut dipegang dengan satu perasaan entah . Sampai Mentakab nanti ni auto dia bawak ibu , Denial dengan Dahmi pergi jalan jalan .
" Encik boleh cuba dulu start enjin , kita akan bantu serba sedikit tentang apa yang terbaru dekat kereta ni . . "
Danish dibawa meneroka satu kereta tersebut . Dari enjin sampai la ke dalam kereta tempat nak bukak aircon . Mercedes Benz C200 berwarna hitam . Fuh , tak sangka .
≻────── ⋆✩⋆ ──────≺
MEREKA gelak gelak sambil jalan , tak tengok depan . Nasib je lagi sikit hampir nak ke jalan raya , tiba tiba kereta Mercedez benz C200 lalu . Mereka memandang kereta tu tanpa berkelip .
" Orang KL ni " Kata Shira .
" Lek lek kau je orang KL . " Balas Seyraa .
" Eh yakinnye korang berdua ni "
Kereta hitam tersebut berlaku pergi lepas terbehenti sekejap . Seyraa dan kawan kawan dia yang lain duduk sekejap disitu tunggu abang grab datang jemput .
Danish menekan brek mengejut bila ada beberapa orang gadis hampir dilanggar oleh dia . Parah , aku baru beli kereta ni kut . Diorang dah nak hancurkan ? Danish malas nak melayan siapa yang hampir dia langgar tadi .
Tak ada apa apa jadi kan , so dia teruskan perjalanan . Dah nak sampai rumah dah ni . Tiket yang dia dah beli dua hari lepas dia cancel kan aje , dia sedekahkan dekat orang sudah yang takde duit nak balik rumah ke apa .
" Macam kereta jodoh aku hihi " Kata Miymi . Seyraa mencebik .
Miymi takde taste langsung lah , kalau aku dah lama aku cari yang pakai Lamborghini ke nahh ingat biasa biasa taste aku .
" Seyraa . . tak payah lah memilih sangat . Entah entah dapat yang pakai proton je " Kata Miymi .
" Eh mulut kau jaga lah sikit Miymi . . jadi betul kang huwaaaa "
" I just say . . " Seyraa menjeling Miymi .
" Seyraa mesti dapat yang kaya kaya punya . Seyraa kan cantik . Tapi aku lagi cantik dan aku akan dapat yang lagi kaya dari Seyraa . " Sampuk Shira .
" Dah lah kau Shira . Lepas puji orang , puji diri sendiri " Kata Shu .
" Yelah Shira . . kau memang cantik pun . Kau layak dapat sultan . Aku adik Sultan "
Seyraa ketawa mengekek .
≻────── ⋆✩⋆ ──────≺EMPAT remaja perempuan tengah sedap telan aiskrim dekat bangku yang berdekatan dengan kedai roti bakar tu . Seorang berbaju kurung unggu , sorang lagi baju kurung warna hijau dan yang lain masing masing warna hitam dan kuning cair .
Mereka mendapat perhatian orang ramai tanpa sedar . Asyik duk gelak tengok video dekat telefon Seyraa . Kalih tengok depan je , orang ramai dah mula pandang diorang semacam .
" Kenapa macam semua orang tengok kita ? " Tanya Shira .
" Tak tahu "
" Aku rasa kita gelak kuat sangat la " Kata Miymi .
" Tu satu . and there is another reason " Kata Seyraa pula . Miymi , Shira dan Shu memandang dia .
" Sebab kita pakai baju kurung kut . Nampak macam tak manis je kan gelak gelak tempat awam . But, ignore jela " Kata Seyraa .
" Yes , kisah apa aku "
" Ya jum lah pindah tempat lain . Kat sini macam terbuka sangat . Kita duk tempat terpencil sikit "
Tiba tiba ada seorang lelaki datang menegur mereka . Lelaki tu not bad , handsome sangat ! Seyraa memandang dia dengan tak berkelip mata . Seumpama dia di santau oleh laki tu .
" Okay . Cik adik semua jangan salah faham dengan niat saya . Niat saya baik , saya cuma nak jadikan adik adik ni sebagai model kitorang kejap bole ? jangan risau korang berbayar " Kata lelaki tu .
" Macam takut sikit " bisik Shu .
" Tulah macam kita ni jual diri pulak , hehe berbayar bagai . Seram dengar " Balas Miymi .
" Damn ! Say je we busy ke . Dah nak balik rumah ke . Aku memang taknak , biar pun berbayar . " Sampuk Seyraa .
Yang lain mengangguk faham . Kemudian Shira mewakili mereka yang lain untuk bgtau dekat lelaki tu . Yang lain just support dari belakang .
" Maaf Encik , kitorang bukan taknak tapi kitorang dah nak balik dah . Lagi lima belas minit macam tu grab dah nak datang ambik balik . Maaf yer " Kata Shira dengan lembut .
" Baiklah kalau macam tu . Terima kasih "
" Sama sama " Balas mereka serentak .Mereka jalan terus menuju ke arah toilet . Nasib tak ada sapa dekat toilet tu . Seyraa menjenguk keluar sekali lagi . Lelaki tadi dengan kawan dia lagi dua orang nampak pelik . Tu yang Seyraa berkeras tak nak .
Wearing black clothes like a killer, those sunglasses looked very suspicious .
Dia terbayang bayang kalau dia dengan kawan kawan dia ikut diorang lelaki tu pergi mana entah tiba tiba kena culik . Duduk dalam tempat yang gelap beberapa hari ? Kena pukul , sampai lebam lebam.
Oh no ! Scarry nyee ?
Macam dalam drama thriller pulak .
≻────── ⋆✩⋆ ──────≺
" ASSALAMUALAIKUM ! "
" Ibu ! Abang ngah dah sampai ! " Laung Dahmi . Waktu dia tengah main bola dekat halaman rumah tiba tiba ada sebuah kereta hitam berhenti depan pagar rumah .
Mula mula , Dahmi kari masuk rumah dulu dan menjenguk disebalik pintu . Tapi bila Danish yang keluar daripada kereta tersebut , dia terus meluru ke arah Danish .
Puan Hajah menyarung selipar kemudian keluar mendapatkan anaknya . Danish sedang keluarkan beberapa makanan dan barang dapur yang dia beli tadi di pasaraya .
" Susah susah Danish je beli macam macam . Baru dua hari lepas je , Ibu dengan Along kamu pergi beli barang dapur " Kata Puan Hajah .
Tangannya menghulurkan ke arah plastik yang dipegang Danish tanda ingin membantu anak dia tu bawak barang .
" Takpa ibu , biar Danish yang angkat . Biar Dahmi tolong . Adik , sini ! "
Danish menggosok kepala adik dia . Dah besar dah . Tahun depan adik dia ni bakal ambik peperiksaan PT3 . Cepat gila masa berlalu . Ingat lagi waktu dia masih ambik SPM , adik dia ni baru darjah 4 . Tiba tiba dah masuk sekolah menengah ?
Dan masa yang cepat berlalu tu lah membuatkan dia semakin tak sabar sabar nak melamar Seyraa .
أنت تقرأ
𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎
عاطفية1 [ COMPLETE ] Manusia kalau sudah suka, memang akan suka sampai tergila-gilakannya lagi lagi perempuan. Tetapi bagi SEYRAA, dia was was nak meluahkan rasa cinta dia terhadap seorang lelaki kerana dia takut. "Masih belum terlambat kalau nak surren...