• BAB 21 •

604 31 0
                                    

      " HAIHH , kejamnya " Fahmi melepaskan keresahan dia .

       Danish turut mengerutkan dahi apabila melihat gaya mayat dihadapan dia ni  dimatikan dengan cara yang agak tragis . Hidung dipotong , muka  dicucuk entah dengan apa tapi berlubang .

       Damn ! They don't know the retribution for what they did? .

       Pintu bilik dikuak maknanya Zamri sudah pulang daripada pejabat polis .

      " Benda ni dah settle . Jabatan risikan kata , lepas ni biar diorang je buat kerja ni . Kita tak payah susah susah . Kalau ada problem sikit baru kita bantu sikit sikit . " Kata Zamri dengan hati yang agak tenang .

       Akhirnya mereka agak bebas sedikit daripada buat kerja kerja berat . Semua ni start bila dulu ada seorang detektif ni dia memang agak pandai main lawan lawan .

      Tidak lama kemudian banyak kerja kerja detektif ni termasuk kerja apa yang ejen risikan perlu buat .

      " Pasal kes semalam kereta kena tembak macam mana ? " Tanya Fahmi .

      " Takpe tu aku tak risau sangat yang aku risau sekarang kita perlu hantar mayat ni dekat jabatan forensik . Lepastu tiba tiba polis nak serang ( CID ) Jabatan Penyiasatan Jenayah . Aku tak tahu apa hal " Kata Zamri .

      Agak bengang jugak lah . Polis kerja masukkan penjenayah dalam penjara je , pegang kunci macam tu . Kita yang bekerja dekat Jabatan Penyiasatan Jenayah ni kau agak ?

       Banyak kut . nak kena jejak penjenayah , cari orang yang hilang , kesan dan tangkap pembunuh bersiri , siasat jenayah , kumpul bukti lagi , buat laporan , sudah lah kalau cerita memang tak habis .

       " Habis tu bila kita nak hantar mayat ni pergi Jabatan forensik ? " Tanya Danish .

       Kes ni perlu diselesaikan segera , kalau tak selesai dia tak boleh balik Mentakab lagi . Rindu nak jumpa ibu rasanya dah berapa bulan dia tak balik .

        " Abang dah suruh mereka datang ambik sendiri . Kerja kita siasat jenayah bukan siasat mangsa . Abang penat lah , nak tidur sekejap " Balas Zamri .

       Danish mengangguk . Ya betul memang penat . Kereta semalam kena tembak dan  terbakar kira kira pukul 11 macam tu . Lepastu pukul 12 diorang sampai semula ke CID . Danish perlu siapkan laporan tentang suspek jenayah .

        Pukul 3 baru siap . Danish tertidur kemudian terjaga sebab dia sakit belakang . Dia terjaga tu pun masih ada lagi kakitangan CID yang belum tidur . So apa yang dia dapat . Tak sia sia dia terima tawaran ni .

        Kerja memang kuat sampai dua tiga hari tak tidur semata mata untuk jenayah saja . Tapi gaji dia 2 kali ganda daripada polis . Bayangkan polis saja maksimum gaji RM 4k lebih ?

        Danish tak rasa nak tidur . Dia pergi beli secawan air kopi . Balik balik ke tempat dia dah ada tiga missed call daripada ibu .

      " Assalamualaikum ibu . . "

      " Waalaikumussalam , Danish sihat ? "

      " Sihat je ibu . Ibu tu sihat tak ? Along cakap ibu ada batuk batuk ? "

       Danish duduk di meja dia ambil oen dan tangan  main main dengan pen .

       " Ibu dah sihat dah . "

       " Yelah tu . Duit yang Danish bagi tu cukup tak ? " Tanya Danish .

       " Cukup . . duit Danish tu pun dah cukup sangat dah untuk kahwin . Danish taknak kawin ke ? Dah mampu sangat tu "

        Sudah . . ibu masuk dah topik tu . Ibu ni memang tak reti nak sabar . Dalam dia duk cakap dia memang nak kahwin , ibu duk tanya jugak pasal tu .

      " Yelah , nak kahwin lah ni . Ibu tunggulah mungkin lagi dua minggu Danish balik kut " Kata Danish .

      " Ibu rasa tak payah tunggu Danish bali lah , ibu bokeh je pergi dengan Along merisik untuk Danish . Apa susah ? Danish bagi je alamat " Balas Puan Hajah .

      Danish ketawa mendengar apa yang ibu dia cakap tu . Jelas memang ibu dia tak sabar gila nak dapat menantu . Dan dia pun memang tak sabar nak dapatkan Seyraa .

       " Tak payah lah susah susah ibu . Biar Danish pergi sendiri . Lagipun kalau boleh Danish taknak bertunang . Nak kahwin terus , but ikutlah keadaan macam mana " Kata Danish .

     " Pasal tu ibu tak kisah pun Danish , ibu kisah pasal menantu je . Okay lah Danish , pelanggan ramai pulak datang . Nanti ibu telefon Danish semulanya . Hati hati kerja "

      " Okay ibu . Bye , Assalamualaikum "

              ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

     " CEPAT LAH Hahahah , kau ni Miymi ! " Seyraa ketawa terbahak bahak apabila melihat Miymi yang terkocoh-kacah membawa bag pakaian untuk pulang ke Temerloh .

      " Sabar lah . Kurang asam ek kau ni "

       Miymi meletakkan bag bajunya di tepi kemudian duduk di kerusi yang disediakan di platform untuk penumpang  menunggu kereta api sampai .

       " Kereta api sampai pukul berapa ? " Tanya Seyraa .

       " Pukul 11 kau kata tadi " Balas Miymi .

       Kalau dalam kiraan , tiga jam jugak nak sampai Temerloh ni . Seyraa cadang ajak Miymi pergi beli makanan ringan untuk diorang buat makan tengah hari dalam kereta api nanti .

      " Aku pergi dulu ek . Kau jaga barang " Kata Seyraa .

      Dia terus menuju ke sebuah kedai yang menjual pelbagai keropok hehe , memang keropok makanan pertama yang dia cari . Waktu dia tengah pilih keropok mana satu yang dia nak , seseorang datang tegur dia .

      Dia agak terkejut nampak Najmy yang ada disebelah dia . Bukan tengah duk kerja kat Texas ke sekarang ni ?

      " Hye lama tak jumpa Lia . Lia dah tak kerja kat situ lepastu Lia pergi mana dan macam mana Lia  boleh ada dekat Kuantan ni ? "  Tanya Najmy .

      " Erk , Lia datang sini sambung belajar . Lepastu sekarang kan cuti exam weeks so nak balik Temerloh pulak ni " Balas Seyraa .

      " Ouhh , baik Seyraa . Saya pergi dulu "

      Seyraa memandang najmy dengan perasaan pelik . Lelaki tu tiba tiba muncul . Dengar cerita dia dah stop belajar . Tiba tiba ada dekat Kuantan ni . Cari kerja kut .

    


     
      

      

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें