BERGADUH pun bukannya dapat sebarang faedah . Akhirnya Danish terpaksa mengizinkan saja Seyraa tinggal di asrama . Dia akan selalu berpesan kepada Miymi agar sentiasa menjaga isteri kesayangannya . Seronok buat orang jeles .
" Belajar rajin rajin , lepastu jadi ibu " Pesan Danish sambil ketawa .
Seyraa mencebik . Tak jadi jugak plan lelaki tu . Danish membantu Seyraa mengangkat barang sehingga kehadapan pagar asrama saja . Kalau ada orang tanya Danish tu siapa , Seyraa sedia menjawab Danish tu sepupu dia .
Mana boleh bagi kantoi yang dia dah kahwin ! Lagi lagi kalau dapat tahu dekat dormmate dia memang habislah . Lagi lagi yang bilik depan sekali tu .
" Bye , aku janji . Lepas habis belajar kita tak payah makan dekat luar . Aku masak " Kata Seyraa .
" Yelah . Bai , jaga diri elok elok . Ingat , diri tu dah jadi isteri orang . Jangan nak menggatal dengan lelaki lain dah " Kata Danish pula .
" Eh takdelah , buat apa sayang nak buat macam tu . Dalam hati sayang ni , ada abang sorang je " Kata Seyraa dengan berbisik ditepi telinga Danish .
Danish memandang tajam tepat ke anak mata Seyraa . Perempuan itu menunduk .
" Oke lah , dah sampai rumah nanti call . Assalamualaikum "
" Waalaikumussalam "
≻────── ⋆✩⋆ ──────≺
" KAU tak rasa ke yang kau patut stay je dengan Danish ? Kalau aku memang aku tak balik asrama dah " Kata Miymi sambil menggigit sushi yang dibeli di kantin tadi.
" kau tahu kan aku ni , kalau buat sesuatu mesti ada sebab " Balas Seyraa .
" Sebab apa ? "
" Kalau aku tak balik asrama , malam ni aku dengan Danish . . "
Miymi mengangguk kepala .
" Kalau tak memang aku akan bakal dapat anak menakan " Kata Miymi .
Seyraa mencebik menyampah .
Seyraa ceritakan kepada Miymi tentang perjalanan rumah tangga dia dengan Danish . Dalam hati , Miymi memuji Danish senyap senyap . Rupanya , Danish ni sweet dengan orang yang dia sayang je .
Seyraa adalah perempuan yang paling untung . Trust me !
≻────── ⋆✩⋆ ──────≺
3 BULAN KEMUDIAN . . .
" Happy birthday sayang . " Danish berlari ke arah Seyraa dan terus memeluk perempuan itu . Seyraa ketawa kecil ." Tenkiu , Abang . " Balas Seyraa .
Danish menghulurkan sejambak bunga yang besar kepada Seyraa . Seyraa membelek bunga bunga tersebut , terselit beberapa coklat kegemaran dia .
Seyraa terus memeluk Danish dengan erat , tak lama kemudian Danish mengaduh sakit .
" Seyraa . . tak nampak ke tangan suami tu berbalut ? Haihhh " Tegur Puan Deyla . Seyraa menoleh kebelakang sejurus itu dia ketawa .
" Takpe mama , sikit je ni " Danish mengurut tangannya yang berbalut itu akibat patah .
" Bunga ni berat , macam mana abang boleh angkat dengan satu tangan ? " Tanya Seyraa dengan hairan .
![](https://img.wattpad.com/cover/274307082-288-k891223.jpg)
YOU ARE READING
𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎
Romance1 [ COMPLETE ] Manusia kalau sudah suka, memang akan suka sampai tergila-gilakannya lagi lagi perempuan. Tetapi bagi SEYRAA, dia was was nak meluahkan rasa cinta dia terhadap seorang lelaki kerana dia takut. "Masih belum terlambat kalau nak surren...