• BAB 9 •

584 35 0
                                    

        Hari ini , Seyraa sampai lewat ke sekolah kerana keadaan di luar hujan lebat jadi ayah terpaksa menghantar mereka menggunakan kereta kerana selama ini , Seyraa datang ke sekolah menaiki moto bersama dengan adiknya .

        Sampai sahaja disekolah , cikgu disiplin sudah terpacak di hadapan pintu pagar sekolah , Seyraa sumpah terketar dengan suasana sejuknya lagi . Because ini adalah first time !

        "Adeylia Seyraa kenapa lambat ?" Tanya Cikgu Kamarul dengan hairan.

       "Saya mintak maaf cikgu , hari ni ayah saya terpaksa hantar ke sekolah cikgu . Ayah saya tak berapa nak nampak jadi ayah saya bawak kereta slow je" Balas Seyraa .

       Dia pun risau jugak sekarang ni ayahnya memandu kereta pulang ke rumah seorang , dia harap ayahnya tak singgah di mana mana tempat.

       Masuk saja ke dalam kelas , nampaknya seluruh kawasan dan sewaktu dengan tempat Danish dikerumun dengan pelajar lelaki.

     Seyraa sering mengagak benda ini akan terjadi.

     "Please nak duduk , tepi sikit" kata Seyraa kepada pelajar lelaki yang duduk rai ramai dikerusinya.Amboi , kerusi tu kecik je yang duduk dia sampai empat orang and ada yang daripada kelas lain pulak tu.

     Memang harini hujan so perhimpunan pagi takde jadi sekarang dah pukul lapan pagi , cikgu tak masuk kelas lagi ke.

      Danish duduk dengan sopannya sekali sekala dia akan memandang Seyraa yang berada di sebelahnya.Seyraa memang tak senang duduk di sebelah Danish.

     Banyak perasaan bercampur baur ketika itu dia rasa macam entah !  Seyraa terus memandang Danish untuk pastikan ke arah mana lelaki itu melihat , manalah tahu takut dia yang terperasan sorang sorang.

      Danish terus berbual dengan Zakwan yang berada di belakang Seyraa apabila Seyraa menoleh ke arahnya.

     "Sey !" Zakwan menendang kerusi Seyraa dengan kuat.

     "Kenapa ?" Tanya Seyraa .

     Suara dia agak terketar kerana terlampau sejuk di dalam kelas.Danish memerhati saja Seyraa berbual dengan Zakwan.Bibir perempuan itu nampak pucat dan tangannya digenggam satu sama lain.

      Baru dia tahu , rupanya Seyraa tidak tahan sejuk.

                         ___________________

      "SEY . ." Miymi memegang bahu Seyraa yang sedang mengulang kaji.Seyraa mendongak memandang kawannya itu.

      "Kenapa?" Tanya Seyraa.

      "Soalan ni kau dah buat belum , kalau sudah kau ajarlah aku" Tanya Miymi , dia duduk di sebelah Seyraa berkongsi kerusi.

     "Dah buat dah . ."

      Seyraa mengajar Miymi dari awal sehinggalah habis , selepas selesai mengajar Miymi , cikgu matapelajaran masih belum masuk ke dalam kelas , lamanya cikgu cikgu meeting . Seyraa menjenguk ke luar pintu kelas yang boleh menampakkan bilik mesyuarat guru guru.
    
       Tiba tiba perhatiannya terjalin kepada rambut Danish yang bergoyang goyang ditiup angin yang masuk ke dalam kelas melalui pintu.Ketika dia ralik melihat rambut Danish , Zakwan menyergah ya dari belakang.

      Sumpah terkejut , takut kantoi dia usya Danish . Haihh , Zakwan nii.

      "Kau suka Danish ek?" Tanya Zakwan.

      "Tak" Balas Seyraa sepatah.

      Dia menghadap kehadapan semula.
Zakwan pula menendang nendang kaki kerusi Seyraa.

      "Jujur jelah kau suka Danish kan , takkan kau langsung takda perasaan dekat dia Sey? Danish tu ikhlas sukakan kau , dia sendiri cakapkan dia akan pastikan kau jadi isteri dia nanti tu maknanya dia nak kahwin dengan kau , kau dah ready ke?" Kata Zakwan panjang lebar.

      Seyraa memekakkan telinga , rasa loya dengar apa yang Zakwan bagitahu dia tadi.

      "Woi , Sey!" Zakwan mengetuk kepala Seyraa dengan pen.

      "Apa? Eeee"

      "Danish ikhlas suka kau , kalau suatu hari nanti kau kahwin dengan Danish , kau kena belanja aku makan Texas . Amacam??" Kata Zakwan selamba.

      "Aku rasa kau takkan dapat merasa Texas daripada aku kut , sebab aku memang tahu aku takkan kahwin dengan dia dan aku takkan ada jodoh antara kami" Balas Seyraa dengan yakin.

       Danish menjeling ke atas , rupanya dia terjaga apabila terdengar bunyi Zakwan menendang kerusi Seyraa , mereka tengah berbual rupanya.

        Kau tunggu jelah Seyraa , sekarang kau nafikan yang kita tak ada jodoh , suatu hari nanti mesti kau akan tarik balik kata kata kau tu . Aku janji kau akan jadi isteri aku jugak suatu hari nanti.

       "Wan . . jom pergi tandas " Ajak Danish.

       Seyraa memandang Danish tidak berkelip.Bukan dia tidur ke tadi ? Mesti dia dengar perbualan aku dengan Zakwan tadi tapi takpalah lagi bagus kalau dia dengar baru dia tahu yang aku tak suka dia cakap nak kahwin bagai nih.

                       __________________

       "BAIK semua pelajar tingkatan lima kelas 5 efektif . . esok kita dah start peperiksaan SPM jadi harini tiada kelas tambahan sebab cikgu cikgu nak bagi ruang dekat kamu semua agar balik rumah ,  untuk release tension , buang semua masalah yang ada dalam otak . Cikgu cikgu harap kamu semua sudah bersedia untuk peperiksaan esok" Kata Cikgu Layzen dengan berhemah.

       Semua murid mengangguk lega kerana tiada kelas tambahan hari ini.Jadi semua orang mengeliat penuh lega.

      "Okay , masa persekolahan sudah tamat semua pelajar boleh pulang ke rumah" Kata Cikgu Layzen.

      Semua pelajar terus bangkit dari kerusi masing masing , pelajar perempuan menuju ke arah Cikgu Layzen untuk salam dan memohon restu.

      Kemudian mereka semua mula  meninggalkan kelas tersebut.Seyraa berjalan dengan Miymi dan Shu sambil bergelak ketawa .

       "Tak , aku rasa kau tu saja ja nak goda Azyan konon . Eeee nasib kau buat tu tak kantoi auu " Kata Shu.

      Mereka sedang berbual pasal Azyan iaitu lelaki paling hensem di dalam kelas mereka . Miymi sering memerhati Azyan dari jauh bila di dalam kelas.

      Oleh sebab itu , Seyraa turut join sekali . Haihh , Miymi punya pasal lah ni.

    

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now