"KBAT ke sir?" KBAT awal-awal lagi siap, KBAT lah paling dia suka. KBAT Sejarah je la, KBAT lain melingkup la jawabnya.

"Bahagian C next class kita bincang, soalan subjektif bahagian B dulu for today."

Dengar je, terus Irel gigit bibir bawah. Aigoo, bahagian B tak siap lagi pun. Baru buat setengah, tu pun entah betul entah tak.

"Setengah je siap sir." Takut-takut Irel memberitahu.

"Why only half? Tengok kertas you." Sir Mogan menapak menghampiri meja Irel.

"Tak sempat nak buat sir," jujur je lah Irel, bukan sir nak makan kau pun. Kena sembur pun jarang sekali.

"Tak sempat? Hang buat apa? Jaga anak?" Sir menjegil biji matanya.

Irel tayang sengih. "Suami pun tak dak sir, nak mai mana anak? Anak hantu? I dengar sir cakap pasal hantu tadi."

Rata-rata semua ketawa. Irel senyum cuma. Kang kena libas, naya je.

"Cakap banyak, kertas hang mana?" Sir Mogan tadah tangan di depan Irel.

Irel kalih ke belakang, zip begnya ditarik. Fail keras bewarna biru, dicarinya. Tak ada, bawah meja diseluk. Berkerut keningnya sejurus kepala ditundukkan.

Parah betul bila suka tinggal buku bawah meja ni.

"Tak bawak?!" Sir Mogan menyergah dengan hempasan buku teksnya di atas meja Irel.

Ternaik bahu Irel. "Ada je ni sir."

Keningnya tak surut-surut berkerut. Sekotak sederhana besar bewarna coklat itu menarik perhatiannya namun fail bewarna biru itu, ditarik keluar.

Kepilan kertas diserahkan kepada Sir Mogan.

"You dah siap yang belakang-belakang je, yang depan ni kenapa tak buat?" Tanya sir sambil menyelak-nyelak helaian kertas Irel.

"Oh..." Irel mati kata.

"Apa oh, oh?"

Terpejam mata Irel. Aisehh, kena sergah lagi. "Tak suka la soalan objektif sir, nanti I buat."

"Tak suka habis nak tinggal? Siapa nak tolong bulatkan ni? Anak you?" Suara sir biasa-biasa tapi cukup buatkan Irel seperti dahan patah.

"I tak kahwin lagi sir..." pasrah jawapan balas Irel bagi. Tawa rakan sekelas, dibiarkan berlalu pergi.

Sir Mogan hantar pandangan 'ada aku kesah?' Irel lantas hela nafas dalam.

❍☆❍〃

"Nak pergi kantin ke makan luar?" lantas aku angkat muka, diorang dah siap bergalas beg bagai.

Aku masih menghadap bukit yang kami gelar Bukit Katak kerana strukturnya seperti katak dengan acuan mata yang timbul.

"Luar? Kantin?" Amira kira dengan jarinya.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now