"Ya, Syafiq Adam. Saya harap cik tak apa-apa." Syafiq Adam tersenyum nipis. Selepas itu, dia berlalu pergi. Banyak lagi kerja yang perlu dia lakukan di balai. Tak manis pula dia bersembang berdua-duan dengan gadis itu.

"Syafiq Adam?" Kalida turut mengukir senyuman manis sambil memandang lelaki yang dikenali sebagai ustaz Adam itu. Jika tak silapnya, sudah banyak kali dia berjumpa lelaki itu di balai polis. Cuma dia saja yang belum perasan dengan kehadiran ustaz setampan itu.

"Ida... Hello?"

"Ida?"

"Ya Allah, ma. Sorry Ida terlupa. Tadi Ida terlanggar orang." Kalida garu kepala yang tidak gatal. Angau sangat sampai terlupa dengan semua benda. Tersengih-sengih dia seorang diri di situ.

"Ish, kamu ni!"

"Sorry ma... Hehe..."

Usai membeli makanan di kantin hospital, Kalida membawa diri semula ke bilik rawatan Fasha. Wajah tampan Syafiq Adam bermain di dalam fikirannya. Jujur, dia tertarik dengan jejaka itu.

Handsome. Baik. Sopan. Fuh, perfect!

Kalida menapak masuk dengan beberapa bungkusan makanan di tangannya. Dia terlihat Iskandar sedang bersembang dengan seorang doktor. Sekarang pandangannya berubah ke arah Fasha.

"Fasha!" Kalida laju mendekati Fasha yang sedang bangun menduduk di atas katil. Bungkusan makanan lantas diletakkan di atas meja.

Fasha senyum nipis. Bingkas membalas pelukan Kalida yang agak erat. "Ida..." Ketika Fasha tersedar, dia terus mengusap perutnya. Syukur, kandungannya tidak apa-apa.

Kalida longgarkan pelukan. Wajah pucat Fasha ditatapnya. "Alhamdulillah, Fasha dah sedar." Kalida turut mempamerkan segaris senyuman. Segelas air suam di atas meja terus diambil lalu dihulurkan kepada Fasha.

"Ida sihat?"

"Mestilah sihat. Fasha yang tak sihat sekarang ni."

Fasha ketawa halus. Sengaja dia mahu melontarkan soalan sebegitu. Namun, tawanya terhenti apabila melihat Iskandar menghampiri mereka selepas selesai bercakap dengan seorang doktor.

"Ida keluar kejap. Ida ada hal." Terperasan dengan kehadiran Iskandar, Kalida kalut melangkah keluar dari bilik rawatan Fasha.

Kini tinggal Fasha dan Iskandar di dalam bilik tersebut. Fasha tak bersuara. Dia hanya menunduk kepala ke bawah. Tatapannya terpaku pada selimut putih milik hospital. Jantungnya turut berdegup kencang seoalah takut untuk berhadapan dengan lelaki itu.

"Nak makan?" Soalan pertama yang diujarkan oleh Iskandar kepada Fasha. Perempuan itu cuma mengangguk tanpa sebarang suara.

Iskandar mengambil makanan yang dibeli oleh Kalida di kantin tadi. Nasi goreng diletakkan di dalam pinggan. Sudu turut diambil dari atas meja.

"Bismillah..."

Tak lama kemudian, beberapa sudu nasi goreng disuap ke dalam mulut Fasha. Dia hanya mengunyah nasi goreng yang disuap oleh Iskandar dengan badan yang kaku.

"Nah, air." Air suam dituang ke dalam gelas. Kemudian, diberikan kepada perempuan itu.

Fasha meneguk perlahan sebelum dia menghulurkan semula gelas itu kepada Iskandar.

"Makan sampai kenyang," kata Iskandar dengan riak wajah yang serius. Langsung tiada senyuman yang terukir sejak dari tadi.

"Okey," jawab Fasha dengan satu anggukan. Jauh di sudut hatinya, dia seakan mahu mengujar sesuatu kepada Iskandar kerana telah menyelamatkannya daripada Nina yang sudah tidak waras. Tapi, entah kenapa mulutnya berat untuk bersuara.

"Nak air lagi?"

Sekali lagi, Fasha mengangguk tanda mahu. Dia bermain dengan jari-jemarinya sambil diamati lama. Tak berani untuk bertentangan mata dengan Iskandar.

Suapan demi suapan masuk ke dalam mulut Fasha. Perempuan itu masih bisu seperti tadi.

"Makan bagi habis. Aku nak ambil baju dalam kereta kejap." Pinggan nasi goreng itu bertukar tangan. Iskandar berdiri untuk pergi ke tempat letak kereta.

"Lupakan semua yang berlaku. Kita mula hidup baru." Sebelum Iskandar beredar, dia sempat bersuara perlahan pada telinga Fasha.

Fasha tercengang. Pintu yang baru saja ditutup oleh Iskandar dipandang sepi. Terkaku dia di atas katil seorang diri. Nafasnya seperti terhenti buat seketika.

"Hidup baa... baru?"

DENDAM MR DEVILWo Geschichten leben. Entdecke jetzt