97 爱 : (血) Blood

20 10 3
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 310721
Complete Editing 040821
Published On 040821

───♡─────────────
CHAPTER NINETY SEVEN
〝 Blood 〞
───♡─────────────

    Maya berjaya melelapkan mata sekali lagi, hanya untuk bangun sejam kemudian dalam keadaan yang lebih segar. Tak mungkin dia akan sambung tidur, jadi dia berdiri dari tempatnya berbaring, menyeberang ke sebelah ruang tersebut untuk mengambil busur dan panahnya di atas meja. Karina dan Alex senyap sedang terbuai dalam mimpi masing-masing. Maya menarik nafas perlahan lalu mencapai beg panah, disandangkan ke bahu. Kemudian dia berjalan ke arah tangga, terus turun ke tingkat bawah. Busurnya dipegang kemas dalam tangan.

    Selepas menjejakkan kaki atas lantai, Maya nampak kelibat Logan yang sedang duduk pada bahagian ambang bawah tingkap berdekatan dengan pintu. Dia mengerling sekejap ke arah Maya sebelum kembali melemparkan pandangan ke luar. Maya perlahan-lahan membawa kaki ke sofa di hujung bilik. Untuk memandang Logan, dia perlu menoleh 45° ke kiri dari tempat dia duduk.

    Maya menyimpan busurnya ke tepi.

    "Kenapa kau datang sini? Maya." Maya mendongak setelah suara Logan kedengaran.

    "Maksud kau?"

    "Akademi. Kenapa kau nak jadi ejen?" Logan menayangkan wajahnya kepada Maya. Logan bukan sahaja seorang peserta yang hebat, dia mempunyai wajah yang boleh tahan kacaknya. Warna mata Logan warna hitam, bersinar apabila terkena cahaya bulan yang menerobos masuk melalui tingkap.

    Maya mengalihkan tatapannya ke atas lantai. "Untuk keluarga aku. Adik aku sakit. Kami perlukan duit."

    "Bukan sebab ayah kau?"

    Maya menarik nafas dalam-dalam.

    "Dia dah meninggal," jawabnya perlahan, membuatkan Logan senyap seketika, mungkin tidak menjangka atau sekadar mahu menghormati sehingga Maya sudi bertembung mata dengannya semula.

    "Kau tahu, kita akan berpecah juga nanti. Aku ikut Karina dengan Alex sebab..." Logan melemparkan pandangan ke luar, dahinya berkerut sedikit, "yang lain tengah buru aku dulu. Aku sorang lawan beberapa orang tak bagi kelebihan pada aku. Jadi aku pilih untuk bekerjasama."

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now