86 爱 : His Unknown Bride

18 11 4
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 180721
Complete Editing 220721
Published On 240721

───♡─────────────
CHAPTER EIGHTY SIX
〝 His Unknown Bride 〞
───♡─────────────

    Tiada orang yang mengekori Jungkook. Maya menjenguk ke tingkat bawah. Rakan-rakan sekumpulan Jungkook termasuk Taehyung mendapatkan Fabian yang sudah lunyai di atas lantai. Maya yang masih memegang dada, perlahan-lahan menuruni anak tangga. Selepas keluar dari pintu utama kafeteria, Maya menoleh ke kiri dan kanan. Kelibat Jungkook masih tidak berapa jauh. Dia membuat keputusan untuk mengekori lelaki itu.

    Sekarang, kebanyakan warga akademi berada di kafe untuk makan malam. Jadi suasana di luar agak lengang tanpa kehadiran manusia. Maya sesekali berhenti di tempat-tempat tubuhnya boleh disembunyikan agar Jungkook tidak perasan dia sedang mengikuti beberapa meter dari belakang.

    Jalan yang Jungkook lalui tidak asing bagi Maya. Taehyung pernah membawa dia cuma dua kali, tapi dia ingat laluan ini, yang menuju ke pantai. Maya berjaya mengekori tanpa ditangkap.

    Semakin dekat dengan pantai yang dia maksudkan, semakin banyak lokasi dia boleh jadikan tempat bersembunyi. Jungkook berhenti beberapa langkah dari jalan masuk sambil mendesis kuat. Suaranya menyebabkan Maya memanjangkan leher, cuba melihat apa yang menyakiti lelaki itu.

    Tapi, dia tidak nampak apa-apa melainkan tangan Jungkook naik menyentuh lehernya sendiri di hadapan. Dahi Maya berkerut. Dia digigit nyamukkah?

    Jungkook terus menyambung pergerakannya selepas itu. Tubuhnya hilang di sebalik semak-samun yang Maya ingat sebagai laluan masuk ke pantai sebelah sana. Maya pantas berdiri dari duduk mencangkung dan berlari-lari anak ke hadapan.

    Dia fikir laluan tadi akan terbuka semula, namun dia salah. Dia bersumpah dia terdengar suara Jungkook menjerit sakit di sebelah walaupun cuma sekejap.

    Dia maju setapak dan situasi pelik mula berlaku. Semak-samun di hadapan menimbulkan ranting-ranting berduri dari bahagian dalam ke luar. Maya tidak peduli pada mulanya. Dia menghulurkan tangan cuba membuka laluan secara manual di bahagian tiada ranting berduri itu, namun tiba-tiba sahaja ia muncul dari tepi, mencucuk kulit tangannya menyebabkan dia mendesis sakit.

    Maya menarik lengan ke belakang. Titisan darah pekat mengalir keluar. Pedih.

    Tidak cukup lagi, bunyi sesuatu bergerak di atas tanah mengalihkan perhatian Maya dari lukanya.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt