60 爱 : Endgame

39 11 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 260521
Complete Editing 050521
Published On 060621

───♡─────────────
CHAPTER SIXTY
〝 Endgame 〞
───♡─────────────

    Ke arah mana dia sedang berjalan, Jungkook tidak pasti. Hari sudah malam. Payah dia hendak membawa diri sendiri.

    Jungkook tidak pasti dengan apa yang terjadi. Otaknya keliru. Sekejap-sekejap dia fikir itu, sekejap-sekejap dia fikir ini. Sampaikan dia terlupa ke mana dia mahu pergi, ke mana dia patut pergi. Dia sangat keliru. Sangat, sangat keliru. Seolah-olah ada memori orang lain dipaksa masuk dalam kepalanya. Dia pula yang terpaksa menerima, dia jadi bingung.

    Mata Jungkook pula masih kabur-kabur. Warna hitamnya tidak terlalu pekat. Biji matanya sudah kembali kelihatan. Tetapi, kabur. Kabur seperti mata ikan yang tidak segar, berona-rona kelabu.

    Itu menjelaskan bagaimana cara dia memandang sekeliling sekarang. Kabur...kelabu. Entah kenapa.

    Pemandangan tersebut membuatkan dia pening sampaikan boleh berkali-kali terjatuh. Otak pula yang seakan-akan hilang fungsi, tidak dapat mengawal keseimbangan badan. Alhasilnya, jatuhlah dia.

    Peluh sejuk sejak tadi menitis di permukaan dahi. Wajah Jungkook pucat, pucat sekali. Bibirnya kering melampau. Rasa loya di bahagian tekak sama sekali tidak membantu untuk dia terus bergerak.

    Akhirnya, dia berhenti di tepi sebuah batu besar. Pada batu itu dia berpaut untuk mendapatkan sokongan yang lebih. Sesekali apabila telinganya berdesing, dia menggeleng laju. Kalau orang lihat, lagaknya seperti orang gila saja.

    Jungkook menarik nafas dalam-dalam, menelan air liur yang rasa kelat. Dia membuka langkah beberapa tapak lagi sebelum terduduk kasar ke atas permukaan tanah.

    Badan disandarkan pada permukaan batu. Dia pejamkan mata, perlahan-lahan. Rasa penat begitu mencengkam sehinggakan dia hampir terlelap dalam masa yang singkat.

    Dia berdecit apabila telinganya kembali berdesing.

    Untuk melegakan rasa sakit, Jungkook berbaring perlahan-lahan di atas tanah. Sebelum dia tertidur pun, fikirannya masih lagi sedang berbahas macam-macam. Dia tertidur dalam keadaan kening berkerut, menunjukkan tahap ketidakselesaan yang maksimum.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now