75 爱 : Showdown

25 11 0
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 280621
Complete Editing 070721
Published On 100721

───♡─────────────
CHAPTER SEVENTY FIVE
〝 Showdown 〞
───♡─────────────

    Pukul 4 pagi dan Jungkook terjaga hampir sudah 20 minit. Puas dia berpusing ke kiri dan kanan untuk mencari posisi yang selesa. Ada terlalu banyak perkara sedang bersarang di kepalanya sekarang sehinggakan dia tak tahu mana satu yang benar-benar mengganggu.

    Akhir sekali, dia duduk. Selimut tebal yang menutup badannya ikut terselak kasar ke hadapan sampai mencecah paras paha. Dia tidur tidak berbaju semalam. Lepas bangun dari pengsan, badannya rasa tidak sedap. Panas biarpun penghawa dingin dipasang sentiasa. Corak tatunya, dari bahagian pergelangan tangan kanan sehingga ke bahagian dada, nampak jelas tertayang.

    Jungkook menoleh ke tepi. Ella tidur membelakangkannya. Disebabkan mereka berkongsi selimut, separuh tubuh Ella kini terdedah terus dengan suhu rendah penghawa dingin di atas dinding. Pantas dia naikkan selimut kembali.
   
    Baru teringat yang dia tidak bersendirian, Jungkook menyelak selimut pada badannya sebelum mengangkat diri perlahan-lahan ke udara dengan menggunakan tangan dan kaki sebagai sokongan. Penuh berhati-hati, dia berpindah ke sebelah. Bila dia berbaring, wajah Ella Audrey kini berada di hadapan mata. Baki kawasan bantal si isteri yang kosong, dia isi dengan kepala sendiri. Ella yang tidur dengan tenang, dia perhatikan dengan senyuman nipis.

    Tangan kanannya naik seketika ke udara, sebelum jatuh lembut ke permukaan pipi Ella Audrey. Mengandung. Jungkook fikir sebab mabuk rindu dia nampak Ella berseri lain macam kelmarin. Rupanya, mengandung. Anak dia.

    Jungkook berdehem sekejap, melonggarkan tekak. Dan perlahan-lahan, tangan kanannya bergerak mengusap pipi Ella. Lembut. Dia memanggil,

    "Mummy..."

    Sejak melahirkan, Ella sangat sensitif dengan bunyi sesuatu, ataupun suara seseorang biarpun sedang tidur. Sekali sahaja Jungkook memanggil, dia sudah bergerak-gerak sebelum kelopak mata dibuka.

    Senyuman Jungkook melebar. Tangannya ditarik ke bawah, menggenggam lengan Ella yang dilapik kain baju tidur.

    "Sorry. Aku tak dapat tidur. Talk to me?"

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now