59 爱 : The Murder of a Soul

25 12 5
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ

〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 200521
Complete Editing 040621
Published On 050621

───♡─────────────
CHAPTER FIFTY NINE
〝 The Murder of a Soul 〞
───♡─────────────

    Pada hari yang sepatutnya menjadi hari terakhir, Jungkook keluh-kesah menunggu ketibaan Jennie ke gua. Bukan dia risau kerana tiada makanan ataupun apa, tapi dia risau, risau saja. Ada dua bunyi 'hong!' didengar olehnya semalam. Dan pagi tadi, satu. Dia tidak pasti bagaimana perkembangan jumlah peserta yang masih tinggal, tetapi, arena ini rasa semakin lama semakin sunyi.

    Jungkook memutuskan untuk keluar dari gua, membawa beg galas. Pisau milik Jennie disimpan elok di dalam poket hoodie hitamnya. Jarang betul dia rasa tidak sedap hati apabila bersendirian, bila dah rasa, betul-betul menyeramkan.

    Jungkook keluar pada waktu hampir senja. Dia sebenarnya mahu menyerah diri memandangkan hari kesembilan CAKRA akan berakhir dalam beberapa jam lagi. Tak kisahlah siapa yang tinggal, dia mahu ini berakhir. Lagipun di dalam hati kecilnya kuat mengatakan yang Jennie sudah tiada. Rasa tak berguna dia terus bersembunyi, bertahan tanpa sengaja.

    Melalui jalan yang sama semasa dia datang ke sini dulu, apabila sampai di pertengahan, kesunyian yang sedia ada semakin mencengkam dada. Kawasan hutan juga semakin tebal. Semak-samun berada di kiri dan kanan. Jungkook terpaksa berhati-hati melangkah. Dia tak faham bagaimana dia boleh lalu jalan ini pada hari pertama tanpa rasa jengkel. Susah betul hendak aturkan pergerakan kaki.

    Tiba waktu malam, kawasan hutan kelihatan tidak setebal tadi. Semak-samun tumbuh jarang-jarang antara satu sama lain. Pokok-pokok pun berjarak lebih dari 1 setengah meter. Jungkook ada ruang yang luas untuk berjalan. Cuma di sini, pokoknya tinggi-tinggi. Oleh itu keadaan di darat rasa redup, kurang sedikit menerima cahaya dari langit.

    Jungkook tidak mahu berhenti kerana dia pasti dia sudah semakin menghampiri bahagian utama arena. Di sana, dia akan serah diri.

    Kepalanya ditundukkan ke bawah. Sesekali kaki mengalihkan dedaunan kering di hadapan. Malam yang sunyi itu ditemani dengan kesejukan yang tiba-tiba menggigit tulang.

    Langkah Jungkook tergendala. Dia terdengar sesuatu.

    Bisikan-bisikan halus...suara seorang wanita. Serentak dengan itu, bulu romanya jadi tegak. Ke kiri, ke kanan dia mencari. Namun sumber suara itu seperti datang dari mana-mana sahaja.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now