69 爱 : In Her Mind

19 8 3
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 170621
Complete Editing 300621
Published On 300621

───♡─────────────
CHAPTER SIXTY NINE
〝 In Her Mind 〞
───♡─────────────

    Taehyung sesekali mengerling ke arah Maya yang sedang berjalan di belakangnya. Dia mengajak gadis itu untuk pergi ke 'tempat rahsia' yang pernah dia tunjukkan dahulu. Taehyung rasa selepas mendengar berita yang agak mengejutkan tentang Dr. Liu, sekiranya Maya balik terus ke dorm dan bersemuka dengan teman sebiliknya, keadaan akan jadi teruk.

    Maya telah berhenti menangis. Dia bersyukur. Tapi, perasaan risaunya masih belum terhakis.

    "Mari, Maya."

    Taehyung memijakkan tapak kasut ke permukaan yang berpasir. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Dengan langkah tenang, dia membawa Maya ke bahagian pasir yang tidak basah terkena air. Bunyi ombak ringan menampar sesama sendiri sesekali memecah sunyi pada malam itu.

    Taehyung berhenti berjalan. Maya ikut berhenti di tepinya, melemparkan pandangan redup ke arah laut luas di hadapan.

    Masih kelihatan kesan bengkak di bawah mata gadis itu. Maya juga sekejap-sekejap menyedut hingus yang masih tersisa. Taehyung tidak dapat bayangkan betapa terlukanya Maya sebagai seorang anak, mengetahui tentang kematian ayah sendiri yang selama ini dianggap masih hidup.

    Taehyung menoleh ke tepi. Berusaha keras untuk tidak kedengaran menjengkelkan, dia bertanya,

    "Awak okey?"

    Maya mengelipkan mata sekali. Taehyung yang sering bercakap dengannya memang sopan. Namun ada perbezaan yang dapat dikesan pada nada suara lelaki itu saat mengajukan soalan. Taehyung bertanya seolah-olah dia ini ialah anak kecil 7 tahun yang baru siap menangis.

    Maksudnya, Taehyung kedengaran sangat prihatin dam berhati-hati melontarkan ayatnya.

    Maya menarik nafas dalam. "Tak."

    Jawapan tersebut merisaukan, tapi pada masa yang sama, melegakan Taehyung. Sekurang-kurangnya Maya tidak menipu bahawa dia tidak apa-apa.

    Mengangguk-anggukkan kepala, Taehyung meneruskan rancangannya untuk membuat Maya rasa ringan dari beban yang baru dia terima.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now