96 爱 : Allies

20 10 3
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 280721
Complete Editing 030821
Published On 030821

───♡─────────────
CHAPTER NINETY SIX
〝 Allies 〞
───♡─────────────

    Maya tidak ingat patung ini ada kuku yang tajam. Wajah Maya dicakar-cakar, tawanya masih memekakkan telinga. Leher Maya ditindih, dijadikan sebagai tempat duduk. Mujur saja ia diperbuat daripada kapas lembut, jadi pernafasan Maya tidak tersekat.

    Tangan diangkat ke udara, Maya menggenggam tubuh anak patung tersebut dan menolaknya ke belakang, berhenti merosakkan wajah Maya yang sudah mengeluarkan titisan-titisan kecil darah. Maya membaling patung tersebut ke dinding. Disebabkan ia memang ringan, senang saja ia terbang dan terhempas ke permukaan keras simen.

    Maya berdiri segera, kemudian menunduk kerana patungnya tidak berputus asa. Malah semakin kuat ia menjerit, Maya pasti, sehingga dapat menarik perhatian badut yang dia nampak tadi.

    Maya menarik satu anak panah dari belakang, dia bersedia untuk menembak namun terpaksa menunduk buat kali kedua apabila si patung terbang melintas di atas kepala, bersungguh-sungguh mahu menerkam wajah Maya lagi.

    Maya mengangkat busurnya ke udara. Patung itu terbang ke arahnya...dush!

    Ddak!

    Anak panah menembus dada, melekat pada dinding. Mata patung tersebut terpejam dan tubuhnya terkulai layu, tidak lagi aktif. Suara memekikkan telinga hilang serta-merta. Keadaan berubah tenang.

    Maya melepaskan nafas lega. Dia tidak perlu mengambil semula panahnya sekarang. Takut nanti patung itu bergerak lagi.

    Badan Maya jadi relaks, tapi tidak terlalu lama.

    Dia mendengar satu lagi suara ketawa yang lebih dalam, dan kedengaran lebih teruja dari tingkat bawah. Ia disertai dengan dentuman pada permukaan pintu.

    Pada saat itu Maya sedar bahawa badut yang dia nampak tadi, yang mungkin telah menyebabkan salah seorang peserta hilang sebelah biji mata, sudah sampai untuk mengerjakan dia pula.

    Maya menelan air liur.

    Kelat.

-ˋˏ ༻࿇༺ ˎˊ-

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu