95 爱 : Mary's Village

22 11 0
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 280721
Complete Editing 020821
Published On 020821

───♡─────────────
CHAPTER NINETY FIVE
〝 Mary's Village 〞
───♡─────────────

  
    "Apabila tertidur, anda akan
    mendapati anda sudah berada di arena.
    Semoga berjaya."

     Ini adalah lebih teruk dari yang Maya bayangkan. Sebaik sahaja dia membuka mata, sekelilingnya gelap dan suara burung hantu kedengaran di ruang telinga. Belum apa-apa pun lagi, bulu roma Maya sudah meremang. Dia dapat rasakan lutut sendiri sedang menggigil.

    Maya tidak pasti mana yang lebih baik. Ditempatkan di dalam rumah usang yang menyeramkan atau di tepi kawasan perkuburan dengan batu-batu nisannya berlumut. Tidak ada haruman yang wangi di sini, Maya hanya dapat menghidu hanyir darah, bau rumput kering dan bau barang-barang lama. Memang sangat melencong dari apa yang dia jangkakan boleh terjadi.

    Arena ini kelihatan seperti tempat di dalam permainan hantu di dalam telefon. Membuatkan Maya berpeluh walaupun suhu sekeliling agak sejuk.

    Maya mendapati dirinya berdiri di tepi sebuah pokok tidak berdaun. Dia memerhatikan sekeliling, menoleh ke kiri, ke kanan, ke belakang, kemudian ke hadapan. Semestinya arena ini luas, dengan banyak lokasi tumpuan lebih kecil di mana-mana. Maya, seperti yang disebut tadi, dia berada di kawasan perkuburan. Batu-batu nisan berlainan bentuk seolah-olah sedang merenung tajam ke arahnya sekarang biarpun tidak mempunyai mata. Kemudian dia nampak apa yang tidak masuk ke dalam fikirannya sejak menapakkan kaki di sini.

    Senjata yang dihadiahkan oleh ejen 007.

    Maya mengorak satu langkah ke hadapan, namun dia pantas berhenti. Oh tak. Berbagai kemungkinan yang menakutkan menghalang dia dari meneruskan niat.

    Beberapa meter ke hadapan, Maya nampak busur dan panahnya diletakkan di atas satu kubur bernisankan batu bulat sederhana. Dia dapat mengesan pun disebabkan warna jaluran emas yang melekat pada permukaan busur. Semua hitam, mustahil dia boleh ketemu. 

    Macam mana andainya ada tangan keluar dari dari tanah semasa dia mahu mencapai panahnya? Macam mana kalau dia jatuh ke lubang kubur? Macam mana kalau tiba-tiba ada roh bangkit dan menyerangnya?

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now