❍☆❍〃

Irel ketap bibir.

Mana Angah ni? Call tak berangkat, orang dah la dekat setengah jam tunggu dia ni. Tiap-tiap hari pesan balik pukul berapa, Angah pulak macam sengaja telan semut.

Nak nangis Irel rasa. Sebak terus bila tengok tinggal lagi tiga orang tak balik. Tu pun India. Form lain pulak tu lagilah terasa lonely disitu.

Nasib dia memang macam ni kan?

Kalau awal, awal sangat Angah ni. Kalau lambat, entah entah hilang dah sekolah ni baru nampak batang hidung Angah.

Irel buka zip beg.

Dahla hari ni tak bawa novel, bosan gila sambil menunggu. Last last buku teks Sejarah dicapai. Tak ada subjek lain yang lagi menarik selain Sejarah.

Helaian demi helaian diselak sehingga satu tarikan di hujung belakang tudung, menyentak Irel.

"Hoi," ah siapa yang tak guna sangat ni?!

Dia dah la tengah tahan nak nangis, janganla datang cari pasal waktu ni.

"Hei,"

Terus Luth lompat binaan batu separas perut itu. Ringan tubuhnya sebelum duduk dilabuhkan sebelah Irel.

Berjarak dengan beg sandang diletak di antara mereka.

Iris mata Irel menikam retina mata Luth. Ya Allah Luth! Entah kenapa makin sebak Irel rasa. Macam ada coklat tatkala dia tengah kesenduan.

Oh angel sent from up above,
You know you make my world light up,
When I was down when I was hurt,
You came to lift me up...

Hymm For The Weekend from Coldplay just hit tis incident perfecto!

"Eh eh, kenapa nangis ni?" Luth gelabah. Kang orang pandang serong kat dia.

Ergh, tolong sikit eh...tatkala perempuan jatuhkan air mata sebab lelaki, sila kurniakan cop mohor penumbuk atas dahi dia!

"Alah Iralna...jangan la menangis. Aku buat apa doo? Tarik tudung kau sampai tercekik ke? Janganla wei, alahai..."

Macam udang kena panggang Luth punya gelabah. Memerah muka dia. Duduk atas kerusi batu pun kejap pandang Irel kejap pandang sekeliling.

Selamatlah pelajar India duduk bawah pokok berhampiran garaj.

Irel nak tergelak tapi mood tengah tak ada. Nak usik Luth pun, dah tak bermaya.

Angah...

"Dah, dah Iralna... Shhh, diam diam... Tepuk nenek sayang, lemak manis santannya... Alahai cik tuan puteri Iralna beta... Jangan nangis, berhingus nanti haa awak jugak yang malu."

Luth lindung wajah Irel dengan depaan tangannya. Tertunduk-tunduk dia cuba tengok muka Irel.

Dia yang sebal sebab kena tegur dengan Cikgu Amir terus tersenyum suka saat dia terpandangkan Irel yang tunduk membaca buku.

Tak sangka dia boleh terjumpa Irel memandangkan hari dah lewat. Pukul 7.10 minit, lewat sangat dah sedari pukul 6.30 tadi para pelajar dibenar pulang.

Alih-alih kena sergah sikit, 'hujan' terus Iralna sorang ni. Alahai...

Nasib kau lah Luth Arashy.

"Okey dah ke?" Saat Irel panggung kepala, Luth laju menyoal.

Fuhh, dedorr hati beta.

Irel tepis tangan Luth yang mendepa. Macam nak peluk pun ada, sekali tengok mesti salah faham nanti. Dua kali tengok, kena cekup dah la jawabnya.

"Auuu!!"

His: Mr. Handball Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin