Izzah mendengus. Dia sambung usya crush dia yang masuk form 6 bawah dah sekarang. Aku tabik dengan Izzah, dia setia crushkan jejaka berkulit kuning langsat tu sejak tingkatan 1 lagi.

"A'watif, Shahirah... Janganlah." Tegahku, berkerut dahi.

Bengong tau diorang ni, suka jadi Mak Jemah!

"Kenapa jadi tadi?"

"Irel...kena marah dengan Teacher Lailawati. Padu punya kena." Shahirah tengok aku sambil bercerita.

"Lah, sebab apa?" tanya Amira.

"Irel ni la buat pasal." A'watif tepuk paha aku.

"Korang ni cerita bagi habis boleh tak? Kejap kejap stop astu sambung orang lain pulak. Cerita je lah kasi habis." Ima menegur.

Rasa nak lempang je Shahirah dengan A'watif. Serupa main pass pass baton dalam acara lumba.

A'watif dan Shahirah ketawa.

"Kau buat apa, Rel?" Amira gosok paha aku. Gosok macam nak tampar punya kuat.

Aku mencebir. "Korang tau tak, Luth yang mula dulu. Dia yang baling batu dekat aku. Dia baling batu cikgu tak nampak pulak, time aku baling dia jerkah aku weh. Kuat gila sampai aku rasa kecut semua organ aku."

Erghh, hutang kau dengan aku tak langsai lagi tau Luth! Aku tuntut nanti!

"Haah, aku dengan Izzah pun dengar tadi." Ima menokok.

Dia yang tengah bersantai dekat padang lontar peluru pun terkejut. Ingatkan kena jerkah sebab kantoi lari dari trek, last last kawan sendiri yang kena. Kesian tapi memang tak la nak tolong, dia pun kecut.

"Habistu kau buat apa, Rel?"

Aku terdiam. Soalan Athirah dibiar berlalu.

"Teacher panggil. Irel pun defend lah, alih alih kena denda jugak. Time Irel terang dekat teacher tu, aku nampak betapa Irel tahan geram tadi. Luth diam je weh, geram pulak aku tengok." A'watif menerangkan.

"Ha kan? Geram aku tak tau nak describe!"

Sembang punya sembang, alih-alih baru aku teringatkan sesuatu.

"Korang tak kena marah ke lepak kat sini? Mana Cikgu Fahimah? Latihan kawad tak mula lagi ke?"

Jadual aku sentiasa padat. Lepas habis kelas pukul 3.20 petang, 3.30 pulak ada latihan kawad kaki. Pukul 4.00 start latihan rumah sukan. Lepas habis Temasya Sukan nanti, latihan untuk Majlis-majlis Sukan Negeri pula akan bersambung kembali selepas temasya.

Dengan latihan bola baling lagi waktu pagi, sambung pula waktu petang, aku sentiasa terkejar-kejar masa.

Kejap ke rumah sukan, beralih pula ke latihan Majlis Sukan kemudian lompat ke latihan bola baling.

Datang sekolah pukul 6 lebih, balik pula pukul 7. 12 jam jugak aku bertapa dekat sekolah ni rupanya.

"Kau tahu tak Ustaz Syukri tadi siap ambil pelepah daun pinang ke apa entah, cari sapa ahli Jentayu merayau. Nasib kami pakai baju PJ." Shahirah cerita sambil tergelak.

Asyik gelak je A'watif dengan Shahirah ni.

"Kenapa lawak sangat Jentayu hari ni?" Ima sampai semput asyik ketawa.

Hehehe, kesian. Izzah pulak dari tadi menyampuk pun tak malahan pandang je crush pujaan hati.

Hmmm...semoga ada jodah kau dengan dia nanti my bestie.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now