87 爱 : A Terrible Lost

Start from the beginning
                                    

    너 정말 그렇게 다쳤니?
    (Are you really that hurt?)

    정말... 상처?
    (Really...hurt?)

    Pada saat itu, Taehyung bersyukur dia telah lepaskan Maya. Mungkin bukan sepenuhnya dari hati. Tapi sekurang-kurangnya, dia dapat menghulurkan lengkap kedua belah tangan kepada orang yang lebih dia utamakan.

    Sahabatnya,

    Jeon Jungkook.

-ˋˏ ༻࿇༺ ˎˊ-

    Puf!

    Maya menghempaskan punggungnya di atas katil sebelum dia berbaring, kepenatan setelah selesai dengan rutin hariannya untuk berlatih. Hari ini dia fokus kepada fizikal, jadi panah dan busurnya ditinggalkan di dalam bilik.

    September kini berada di tengah, dua minggu lagi Oktober akan menyapa. Pada waktu di bulan mengambang penuh kali ke-10 buat tahun ini, majlis makan malam besar di akademi akan diadakan semula. Ia akan berlangsung selepas misi terakhir dan perlawanan penentuan buat para peserta dijalankan. Dua-dua itu akan berlaku bulan ini. Jadual Maya agak ketat. Akademiknya juga terpaksa diabaikan seperti yang sepatutnya.

    Dia bekerja keras, sebab itu dia sangat penat sekarang. Dia perlu berusaha tak kira bagaimanapun menarik perhatian salah seorang daripada 7 Rings, kemudian menjadi anak murid mereka. Maya memutuskan untuk turut sama melupakan Taehyung. Semestinya situasi begini akan berlaku beberapa kali dalam hidup. Ada yang akan pergi setelah mengetuk pintu, tidak semua akan sentiasa berada di tepi Maya.

    Maya jadikan itu sebagai cabaran. Taehyung tidak memerlukan dia. Dan dia juga seharusnya tidak memerlukan Taehyung untuk terus maju, mencapai hasrat yang dia inginkan selama ini.

    Sabarlah, Maya. Sikit saja lagi.

    Membiarkan sekejap rasa penat badan, Maya duduk kembali dan meluruskan kakinya. Dia duduk mencangkung di tepi katil, menilik beg senjatanya di bawah sana. Sekalipun dia memilih untuk tidak pedulikan Taehyung lagi, namun nasihat lelaki itu harus dia ambil dan telan dalam-dalam. Sekurang-kurangnya, dia ada meninggalkan sesuatu yang berguna buat Maya.

    Maya menunduk dan memanjangkan lengannya untuk menarik keluar beg yang disembunyikan di bawah katil. Bunyi geseran beg tersebut dengan lantai bergema seketika memenuhi ruang bilik. Masih belum lewat lagi pun sebenarnya, jadi Maya beranggapan yang Hanna sedang meluangkan masa dengan Henson. Mungkin belajar sama-sama.

    Cuma Maya seorang sahaja di dalam bilik yang satu ini. Kawan sebilik di bilik lain, Maya lihat mereka sibuk dengan hal masing-masing.

    Beg yang dia mahukan berjaya ditarik keluar. Maya duduk bersila dahulu di atas lantai, menyelesakan dirinya. Zip beg tersebut dibuka, Maya tidak nampak satu pun anak panah dan busurnya di dalam. Kosong.

    'Kosong'.

    Perkataan itu terulang semula di kepala.

    Wajah Maya berubah pucat. Kosong.

    Tanpa tahu alasan kenapa, dia memerhatikan sekeliling bilik yang tidak dipasang lampu. Jantung Maya berdetak laju.

    Kosong.

    Kosong...

     ❝ Mereka yang sembunyikan adalah orang yang ada senjata boleh diprogram, dan boleh digodam. Awak kena faham. Kalau tak ada keperluan, awak jangan ikut. Memang ada yang akan sabotaj hujung-hujung nanti. Awak, dengan busur dan panah awak, cuma perlu hati-hati supaya tak kena curi je.  ❞

    'Curi'.

    Maya menjadi mangsa kecurian. Itupun pada saat-saat dia sangat memerlukan senjatanya.

    Apa yang dia patut buat sekarang?

    Maya melepaskan beg yang kosong dalam genggaman. Dia menekup telinga dan menjerit sekuat hati sehingga menarik perhatian rakan sebiliknya yang lain.

   

♡; I'm done counting how many timesI cried over a fictional character

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡; I'm done counting how many times
I cried over a fictional character.
Why is it always Jeon Jungkook 😭

♡; "You didn't care at all. My friend." had been mentioned in the teaser ✊

♡; 나는 당신을 믿어
      (Naneun dangsineul mideo)
♡; 당신은 전혀 상관하지 않았다... 내 친구야.
      (Dangsineun jeonhyeo sanggwanhaji   
       anhanda...nae chinguya)
♡; 왜 그랬어?
     (Wae geurasseo?)
♡; 너 정말 그렇게 다쳤니?
     (Neo jeongmal geureohke dacheonni?)
♡; 정말... 상처?
     (Jeongmal...sangcheo?)

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now